in

Penggunaan Vaksin Pfizer Untuk Kanak-kanak 5 Hingga 11 Tahun Diluluskan – FDA

1Pfizer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

U.S Food and Drug Administration (FDA) telah meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 keluaran syarikat Pfizer-BioNTech kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.


Keputusan badan kawal selia makanan dan ubat-ubatan negara itu bermakna kira-kira 28 juta kanak-kanak warga Amerika Syarikat akan menerima vaksin.

Screenshot 2021 10 30 At 10.53.31 Am

Memetik laporan Astro Awani, jumlah suntikan kepada lingkungan umur kanak-kanak itu adalah lebih rendah berbanding penerima vaksin yang lain. Kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun akan menerima 10 mikrogram dos vaksin sahaja berbanding 30 mikrogram dos kepada kumpulan berumur 12 tahun ke atas.

Screenshot 2021 10 30 At 10.56.06 Am

Pfizer-BioNTech sebelum ini mendakwa kajian klinikal bagi golongan berusia 5 hingga 11 tahun menunjukkan vaksin keluarannya mempunyai keberkesanan 90.7 peratus terhadap virus Covid-19

Untuk rekod, Amerika Syarikat mula memberikan vaksin kepada kumpulan umur 12 tahun hingga 17 tahun bermula Mei lalu. Vaksin itu merupakan keluaran syarikat Pfizer-BioNTech.

Baca: KKM Bakal Beri Kanak-kanak 5-12 Tahun Vaksin Pfizer,  Tapi Ramai Netizen Tak Setuju?

Screenshot 2021 10 30 At 10.54.25 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.