Pengantin Terkejut, Wanita Tunggang Motosikal Redah Khemah Majlis Kahwin Sampai Depan Pelamin

Jadikan sumber pilihan di Google
Pengantin Terkejut, Wanita Tunggang Motosikal Redah Khemah Majlis Kahwin Sampai Depan Pelamin

Majlis perkahwinan sepatutnya menjadi hari yang paling menggembirakan buat pasangan raja sehari kerana akhirnya disatukan juga dengan orang yang disayangi.

Namun, buat pasangan pengantin ini pula mereka terkejut ketika sedang bergambar di atas pelamin apabila seorang wanita selamba tunggang motosikal ke dalam khemah majlis sehingga ke depan pelamin.


Dalam kejadian yang berlaku di Indonesia itu, tindakan wanita yang menunggang motosikal yang lengkap memakai jaket dan topi keledar tersebut telah sempat dirakam oleh jurugambar perkahwinan.

Setelah video berkenaan tular di media sosial, ada netizen yang berpendapat bahawa wanita tersebut mungkin adalah bekas kekasih pengantin lelaki.

4Sumber: Twitter @sosmedkeras

Namun, sangkaan itu salah kerana wanita itu sebenarnya dikatakan terpaksa meredah khemah majlis kahwin kerana khemah itu telah menghalang jalan yang ingin dilaluinya.

Wanita berkenaan terpaksa memutarkan semula motosikalnya untuk keluar dari khemah majlis itu sebab jalan tersebut dah jadi jalan mati buat sementara waktu disebabkan ada khemah dan pelamin majlis itu.

3 1Sumber: Twitter @sosmedkeras

Entah siapa yang salahhhh, ku tak tahuuuu…

Sumber: Detik.com

Baca: “Dia buat macam majlis dia”- Wanita Terkilan Majlis Kena ‘Hijacked’ Dengan Orang Luar

Ft Orang Halang Pelamin

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Pengantin Terkejut, Wanita Tunggang Motosikal Redah Khemah Majlis Kahwin Sampai Depan Pelamin
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pengantin-terkejut-wanita-tunggang-motosikal-selamba-redah-khemah-majlis-kahwin-sampai-depan-pelamin/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen