in

Penganggur Di Bachok, Kelantan Acu Pisau Dan Rogol Gadis Dalam Kereta Kerana Menolak Cintanya

P

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nota: Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi semata-mata, tiada kena mengena dengan kejadian sebenar.


Sesetengah orang memang cenderung kepada melakukan sesuatu di luar kawalan jika sedang marah dan kecewa.

Seperti seorang lelaki di Kota Bharu, Kelantan ini yang bertindak tanpa berfikir dan terlampau mengikut perasaan marahnya selepas cintanya tidak dibalas.

Menurut Malay Mail Online, seorang wanita telah dirempuh ketika menunggang motorsikal sebelum diugut dengan pisau dan dirogol di dalam kereta.

Suspek berusia 23 tahun yang juga seorang penganggur itu dikatakan menaiki kereta Proton Wira dan telah melanggar mangsa dari belakang pada Khamis lalu, kira-kira jam 7 petang.

Sebaik sahaja melanggar mangsa berusia 21 tahun itu, lelaki berkenaan memberhentikan kenderaannya dan terus keluar berjalan menuju ke arah mangsa. Dia kemudian mengacu pisau ke leher gadis itu dan mengheretnya ke dalam kereta.

Mangsa kemudian dibawa ke kawasan semak di Bachok sebelum dirogol di dalam kereta itu.

Rogol
gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Kelantan, SAC Din Ahmad, suspek membawa mangsa ke sebuah hotel murah di Tanjung Mas. Bagaimanapun, dia berjaya melepaskan diri dan meminta bantuan orang awam.

Suspek dipercayai bertindak demikian selepas mangsa menolak cintanya.”

Ehhh bunga bukan sekuntum lah dikkkk…

Disebabkan pergelutan yang berlaku di dalam kereta, mangsa telah menerima tujuh jahitan di betis akibat luka. Suspek pula mengalami luka di tangannya.

Selepas ditahan, suspek didapati positif dadah jenis syabu dan direman lima hari sehingga Jumaat ini.

Baca: Gadis Dipaksa Lakukan Seks Oral Oleh Rakan Dikenali Sejak Kecil Kerana Menolak Cintanya

Oral

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.