in

Penduduk Gempar Jumpa Van ‘Parking’ Atas Perhentian Bas, Ingatkan Kes Pemandu Mabuk Buat Hal Rupanya…

Van Putih 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya bila kita nampak ada kenderaan ‘parking‘ kat tempat yang tak masuk akal macam dalam longkang atau atas tangga, kebanyakan orang mesti fikir ada kemalangan yang berlaku ataupun pemandunya memandu di bawah pengaruh bahan terlarang atau alkohol. Yelah kan, kalau tak macam mana boleh sampai situ.


Van Putih E1634442063409

Insiden yang sama berlaku di sebuah bandar di Perancis ini dan memang ramai orang yang yakin alkohol pasti terlibat dalam kejadian itu. Pun begitu, bukan itu apa yang terjadi sebenarnya.

Memetik laporan Oddity Central, penduduk di bandar Plounéventer di Perancis gempar selepas mereka terjumpa sebuah van yang parking di atas sebuah perhentian bas.

Van Putih 1 E1634442142837

Insiden yang berlaku pada itu difahamkan disedari orang ramai pada awal pagi. Gambar van berwarna putih yang ebrada di atas perhentian bas itu kemudiannya viral di media sosial.

Rata-rata netizen cuba menyelesaikan teka-teki bagaimana kenderaan itu boleh muncul di situ. Ada yang kata ia satu arca seni moden dan ada juga yang kata pemandunya mabuk tapi still, macam mana elok sangat dia oleh parking atas tu?

Rupanya alkohol tak terlibat pun…

Setelah hampir seminggu misteri van putih itu ‘menghantui’ penduduk setempat, media tempatan Perancis akhirnya mendedahkan bahawa kes terbabit sudah berjaya diselesaikan.

Rupa-rupanya, ia adalah satu pergaduhan komersial melibatkan pemandu van berkenaan dan seorang suspek. Indivdu berkenaan didakwa telah menggunakan trak palet untuk meletakkan van terbabit di atas perhentian bas itu.

Dikhabarkan, suspek dan pemilik van terbabit sudah dipanggil untuk sesi soal siasat. Mereka berkemungkinan berdepan dakwaan membahayakan nyawa orang awam.

Sumber: Oddity Central, Kosmo

Baca: “Bila panggil security tau nak lari” – Pasangan Dari Thailand Suka Hati ‘Cop’ Parking Lepas Tu Main Lempang Je Orang Lain!

Cop Parking E1634440384485

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.