in

“Penat dengan mentaliti orang sekarang” – Buat Live Di Youtube, Netizen Biadap Hina Wajah Unik Keluarga Ini Dengan Emoji Katak

Hina15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah masuk tahun 2021 ini, masih ramai lagi yang anggap perbuatan body shaming ini merupakan satu perkara lucu bagi mereka, mempersendakan kelemahan fizikal seseorang sebagai bahan jenaka boleh dikatakan satu perkara biasa.



Lebih teruk lagi, ada yang anggap menggunakan ketidaksempurnaan individu untuk dijadikan bahan senda mereka, rasa hina fizikal orang tu satu perkara yang lawak.

Buktinya dapat dilihat sendiri dengan apa yang berlaku kepada keluarga Manurung ini, mereka tular di TikTok kerana memiliki wajah yang unik.

 

Keluarga Manurung

Keluarga dari negara seberang ini difahamkan menghidap satu penyakit genetik yang dinamakan Treachers Collins, ia merupakan satu penyakit yang mempengaruhi perkembangan tulang dan jaringan lain pada wajah, menurut sumber.

Biarpun memiliki kekurangan, keluarga ini dilihat begitu cerita dalam setiap video TikTok dan terkini mereka mempunyai sebanyak 448.9K bilangan followers, rata-rata netizen begitu suka melihat telatah mereka sekeluarga.

@suryamanurun9

tiktokan di mall kisaran#suryamanurun9 @bams_marpaung @mardiahmanurung2 @tiurmanurung03 @yunimanurung1996

♬ suara asli – Surya Manurung – Surya Manurung

@suryamanurun9

tonton video kami di YouTube @tiurmanurung03 @yunimanurung1996 @mardiahmanurung2 management @bams_marpaung

♬ original sound – orangkisaran – BAMS ANTONO MARPAUNG

Selain TikTok, Keluarga Manurung juga ada YouTube channel mereka sendiri dan disitu mereka banyak kongsikan aktiviti mereka sekeluaarga.

Biarpun telatah mereka nampak comel, ada juga netizen yang tidak ada sivik mempersendakan paras rupa mereka sewaktu live di YouTube.

 

Tak ada adab, hina muka orang

Perkara itu didedahkan sendiri oleh salah seorang pengguna TikTok @aishaaandn pada 5 hari lepas (dalam tempoh artikel ini ditulis).

@aishaandn

Please … support them 🥺

♬ dandelions – gabut woi

Dia mendedahkan bahawa ada netizen yang memberikan emoji muka katak, jika diperhatikan bukan seorang tetapi ada beberapa individu lain memberikan emoji itu bersertakan kata-kata sindiran yang membawa maksud hinaan kepada paras rupa mereka.

Hina2 Hina

Macam orang selalu kata, dalam ramai orang yang tak suka mesti lagi ramai yang suka, para penyokong Keluarga Manurung ini turut marah dengan sikap individu yang tak beradab itu dan tak ada sensitiviti itu.

Majoriti memberikan sokongan moral dan turut merluahkan rasa sedih menerusi ruangan komen TikTok wanita tersebut.

 

Penat dengan mentaliti orang sekarang, ada kurang sikit terus hina – Netizen

Hina11 Hina10 Hina9 Hina8 Hina7 Hina6 Hina5 Hina4 Hina3

Apapun diharap semoga keluarga ini tabah dan terus lakukan perkara yang boleh mambahayakan, masih ada yang menyokong Keluarga Manurung ini termasuklah team Lobak Merah sendiri.

 

Baca : “Saya tahu orang akan ungkit lepas tindakan saya di TV” – Viral Tweet Lama Bodyshame Orang, Ini Respon Azfar

Azfar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.