in

Penangan ‘Resume’ Mencari Jodoh, Bakal Doktor Terima Lebih 200 Permohonan!

12345 e1633137753744

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau pm tepi korang tak dilayan, takpa. Korang boleh cuba cara bakal doktor ni, dia dapat lebih 200 permohonan nak jadi calon isteri!

Setakat hari ini, saya menerima lebih 200 mesej daripada wanita hingga membuatkan telefon bimbit saya mengalami gangguan.”

Baru-baru ini seorang pemuda telah mengiklankan jawatan kosong ‘pengantin wanita’ berserta dengan ‘resume’ dirinya di laman sosial Twitter.


21

qiib2

Muhammad Naquib Hasief Baharin, 26, pelatih perubatan atau houseman di Hospital Sultanah Aminah, Johor itu memberitahu bahawa ramai wanita telah menghantar mesej peribadi (DM) di Instagram namun dia belum sempat untuk membalasnya.

“Mungkin saya memerlukan lebih masa untuk membalasnya. Namun jika ada mesej yang terlepas pandang, saya mohon maaf”.

Bakal doktor itu menjelaskan bahawa, dia tiada niat untuk menjatuhkan maruah atau mempermainkan perasaan kaum wanita, dia hanya mencuba nasib serta beranggapan sudah tiba masanya dia serius mencari calon isteri.

Rupa paras bukanlah keutamaan saya, yang penting wanita itu berpendidikan, sopan, pandai membawa dan menjaga diri selain serasi dengan keluarga saya.”

Tambahnya lagi, dia menyerahkan segala-galanya kepada Allah dan akan follow the flow kerana dia perlu mengenali hati budi masing-masing terlebih dahulu.

Berikut adalah ‘resume’ bakal doktor berkenaan :

niu

qiib6

qiib7

qiib8

qiib5

“Resume yang menceritakan perihal diri itu sebenarnya saya buat sekadar suka-suka untuk ‘presentation’ kelas Continuous Medical Education yang dihadiri di Kuala Lumpur.

Kebetulan waktu itu saya tidak membawa komputer riba membuatkan saya memuat naik aplikasi di telefon bimbit untuk melakukan tugasan itu sebelum timbul idea mencari calon isteri dan memuat naiknya di Twitter.

Tidak sangka perkongsian saya itu menarik perhatian ramai dan reaksi warganet malah mendapat sokongan keluarga membuatkan saya nekad meneruskan misi ini”

Tekad gitu. Cara ni lelaki perempuan boleh guna, apa tunggu lagi. Yang sedang mencari jodoh tu, try la!

 

Baca : ‘Boleh saman sambil cari jodoh’ – Majlis Pelancaran Duta Baharu Oleh Produk Kosmetik Ini Dikecam Kerana Tak Jaga SOP

a 3 3

Sumber: twitter
Sumber: twitter
Sumber: twitter
Sumber: twitter
Sumber: twitter
Sumber: twitter
Sumber: twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.