in

“Penangan Parasite” – Lokasi Penggambaran Parasite ‘Diserbu’ Pelancong Seluruh Dunia Bila Ke Korea

Feature Photo 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Filem terkenal Korea, Parasite baru-baru ini menggemparkan dunia apabila menjadi filem asing pertama yang memenangi Anugerah Oscars. Disebabkan kejayaan tersebut, lokasi penggambaran ini telah menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia, khususnya pelancong tempatan itu sendiri.


Memandangkan Korea sering menjadi negara pilihan pelancong Malaysia, sekarang korang boleh lah jadikan lokasi penggambaran Parasite sebagai checklist perjalanan korang.

Berikut merupakan empat lokasi penggambaran filem ini yang boleh dijadikan tempat untuk anda lawati dan berootd. 

 

#1 Pasar Raya Doijissal, Seoul 

Pasaraya 1

Korang ingat lagi tak babak di awal filem di mana Kim Ki Woo yang dilakonkan oleh Choi Woo Sik berjumpa dengan kawannya, Min Hyuk lakonan Park Seo-joon? Babak ini telah dilakonkan di sebuah pasar raya di Seoul, Pasar Raya Doijissal.

Namun, jangan keliru dengan nama kedai ini kerana nama sebenar kedai ini telah diubah menjadi Pasar Raya Woori oleh penulis skrip.

Menurut pemilik kedai, Kim Kyung Soon, ramai pelancong asing telah berkunjung ke kedai miliknya hingga beliau pun tak sempat kira berapa ramai pelancong datang pada setiap hari, lapor CNN Travel. Hebat gila penangan Parasite ni!

 

#2 Tangga ke Terowong Jahamun

Jahamun Staircase

Lokasi tangga ikonik ini pula menjadi tempat pilihan pengarah untuk babak di mana ahli keluarga Kim berjalan pulang ke rumah mereka dan kehujanan setelah majikan mereka, keluarga Park pulang secara tiba-tiba dari perkhemahan keluarga.

Tangga ini juga sengaja dipilih oleh pengarah, Bon Joong Ho untuk menunjukkan simbolik perbezaan kelas oleh kedua-dua keluarga.

 

#3 Tangga ke Rumah Keluarga Park 

Http Cdn.cnn .Com Cnnnext Dam Assets 200218152342 Parasite Seoul Tour Staircase In Kims Village

Memandangkan tangga merupakan simbolik penting dalam filem ini, tangga ini juga menjadi lokasi penggambaran di mana babak Kim Ki Jung, lakonan Park So Dam membeli buah pic untuk menyingkirkan pembantu rumah keluarga Park.

Tangga ini dekat je dengan pasar raya Doijissal tadi. Namun, korang diingatkan untuk tidak membuat bising sebab kawasan ni memang kawasan tempat tinggal penduduk di sana.

 

#4 Sky Pizza, Seoul 

Pizza

Kedai pizza ini pun tak ketinggalan menerima tempias daripada pelancong sebab kedai Sky Pizza ini juga menjadi salah satu lokasi penggambaran filem arahan Bon Joong Ho ini.

Dalam filem itu, kedai ni dinamakan Pizza Generation. *Disebabkan perbezaan nama di filem dan realiti, jadi korang kena tengok betul-betul nama kedai yang nak dilawati.

Seoul Tourism Organization menyatakan bahawa pemilik kedai pizza ini sendiri yang telah mengajar pelakon cara melipat kotak pizza seperti yang ditunjukkan dalam filem. Eksklusif kan?

Kedai ini juga telah mempamerkan tanda tangan pengarah filem beserta gambar pemilik kedai bersama pengarah tersebut. Menurut The Jakarta Post, terdapat pengunjung yang datang semata-mata untuk bergambar di hadapan kedai.

Jadi, korang yang nak ke Korea nanti, jangan lepaskan peluang untuk serbu tempat-tempat ni nanti. Barulah gambar ootd gempak!

 

Baca: “MANTAP BETUL” – Filem Parasite Dari Korea Menang Filem Terbaik, Kalahkan 8 Filem Hollywood Lain!

Screenshot 1

 

Sumber: CNN Travel
Sumber: CNN Travel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.