in

“MANTAP BETUL!” – Filem Parasite Dari Korea Menang Filem Terbaik, Kalahkan 8 Filem Hollywood Lain!

Parasite Best Picture

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Filem Parasite dari Korea Selatan telah mencipta sejarah Anugerah Akademi apabila ia menjadi filem bahasa asing pertama yang memenangi kategori Filem Terbaik.


Menurut Berita Harian, pada Anugerah Akademi Ke-92 itu, Parasite turut berjaya merangkul 3 trofi lain iaitu Pengarah Terbaik, Filem Antarabangsa Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Parasite3
sumber: twitter

 

Penonton berdiri, beri penghormatan!

Filem thriller arahan Bong Joon-ho itu juga merupakan naskhah pertama dari Korea Selatan yang dicalonkan pada Anugerah Akademi.

Ketika diumumkan menang, penerbit Parasite Kwak Sin-ae akui terkejut apabila melihat penonton berdiri memberikan penghormatan.

“Saya terkedu… Kami tidak pernah mengimpikan ini akan terjadi. Kami sangat gembira. Saya sangat bertuah dapat berada di dalam agenda bersejarah ini.”

“Saya berterima kasih dan menghormati semua juri yang membuat keputusan ini.”

Parasite2

Parasite1
sumber: twitter

 

Kalahkan 8 filem Hollywood dalam senarai!

Parasite telah menewaskan 8 filem Hollywood lain yang turut berada dalam senarai kategori Filem Terbaik itu. Filem lain yang tersenarai adalah:

  • Joker
  • Ford v Ferrari
  • Marriage Story
  • Jojo Rabbit
  • The Irishman
  • Little Women
  • 1917
  • Once Upon a Time…In Hollywood

 

Netizen puji sebab bertutur dalam bahasa Korea

Ramai netizen di media sosial berbangga dengan kemenangan itu dan berkata memang selayaknya Parasite dinobatkan Filem Terbaik.

Selain itu, netizen Malaysia juga turut puji penerbit Parasite yang tetap bertutur dalam bahasa Korea ketika berucap meskipun berada di negara asing.

Penerbit Parasite bertutur dalam bahasa Korea sebab mereka percaya dgn bahasa mereka. Mula dgn bahasa, mereka percaya dgn budaya dan wajah mereka. Tahniah Korea Selatan kerana berjaya pecahkan tembok bahasa utk menang Filem Terbaik di Oscar. Ini utk semangat Asia!”

Parasite mengisahkan tentang Ki-taek dan keluarganya yang menganggur dan dalam kesusahan untuk meneruskan kehidupan. Selepas Ki-taek ditawarkan pekerjaan dengan keluarga Park, satu kejadian aneh telah berlaku sehingga mengubah kehidupan mereka sekeluarga. Kalau nak tahu apa yang berlaku, kenalah tonton filem ni!

Parasite5
sumber: gq

Korang dah tengok belum filem Parasite ni? 

Baca: Legenda Animasi Jepun, Studio Ghibli Akan Release Dua Filem Tahun Ini

Untitled Collage 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.