in

Penangan Mira Filzah! Bus Stop Di Alor Gajah Sampai Kena Tutup Gara-gara Pelakon Ni Bergambar Di Situ

Apo Mira

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi peminat pelakon comel Mira Filzah, korang mesti alert kan yang semalam berakhir sudah drama bersiri kegemaran ramai iaitu Pujaan Hati Kanda. Drama ni boleh dikatakan beri banyak impak jugaklah pada populariti pelakon utamanya iaitu Remy Ishak dan Mira Filzah sendiri.


Nak tahu macam mana famous tak famous cerita ni… haa baru-baru ni viral kononnya sebuah bus stop di Alor Gajah, Melaka ditutup gara-gara Mira Filzah. Aik biar betul ni? 

 

“Bilal seberang jalan mula pelik kenapa ramai sangat orang datang bergambar kat bus stop ni” 

Menerusi perkongsian Sengal Paranormal Team di Facebook, bus stop di Alor Gajah ni katanya tiba-tiba jadi popular semenjak pelakon Pujaan Hati Kanda ni ambil gambar di situ.

Disebabkan hal tersebut, pihak Majlis Perbandaran Alor Gajah pun ambil inisiatif dengan repair bus stop tu siap cat semua supaya ia kelihatan elok. Siap ada signboard tulis Mira Filzah was here lagi weiii! 

50775352 2367883526777008 7398430300956524544 N
sumber: facebook
50805228 2367883816776979 8752268601848758272 N
sumber: facebook
51236054 2367883556777005 3392147419280965632 N
sumber: facebook

 

“Macam bodoh je, Mira Filzah je kot! Siap buat macam ni sekali” 

Selalunya bila ada benda viral, muncullah netizen yang datang untuk suarakan pendapat dorang tak kiralah sama ada positif mahupun negatif. Tapi komen yang admin tengok kebanyakannya tak berapa setuju dengan tindakan pihak Majlis Perbandaran ni.

Melalui perkongsian di Twitter, bus stop tu nampaknya macam ditutup je dan ada yang anggap perkara ni tak perlu kot sebab yang bergambar di situ sekadar Mira Filzah je. Lagipula takkan bila ia jadi viral barulah pihak bertanggungjawab nak buat kerja seperti betulkan keadaan bus stop yang uzur tu. Emm ada point jugak ni! 

What
sumber: twitter
Hello
sumber: facebook

Apa pendapat korang? Wajar ke pihak Majlis Perbandaran buat perkara macam ni? Bagi admin, bagus jugak netizen yang bagi cadangan Mira Filzah buat masjid atau berkunjung ke rumah orang susah tu. Mana tahu sebab penangannya, haa ramai yang turun beribadah dan buat benda baik. Amin! 

Baca: “Naik tingkat 7, tiba-tiba dekat tingkap lori lalu” – Netizen Troll Drama Lakonan Remy Ishak, Ada Scene Tak Logik

Scene Naik Lif Remy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.