Seperti yang kita ketahui, trend ‘Hong Banjang’ melalui drama Korea ‘Hometown Cha Cha Cha’ semakin menjadi-jadi kerana gandingan hebat Kim Seon Ho dan Shin Min Ah.
Disebabkan trend itu juga, lokasi penggambaran drama tersebut yang terletak di Pohang kerap didatangi oleh peminat drama tersebut. Bilangan peminat yang datang semakin ramai pada cuti umum di Korea Selatan.
Pada 5 Oktober lalu, krew drama itu telah mengeluarkan satu kenyataan di media sosial rasmi drama mereka. Kenyataan itu dimulakan dengan ucapan terima kasih atas sokongan peminat yang diberikan untuk drama itu.
“Terima kasih telah menunjukkan rasa cinta terhadap drama ini. Disini kami ingin memberitahu tentang aktiviti lawatan ke lokasi-lokasi penggambaran” – krew
Produser drama itu menjelaskan bahawa rumah watak yang dilihat dalam drama itu hanya disewa sepanjang sesi penggambaran sahaja.
“Rumah Hye Jin (lakonan Shin Min Ah) dan Du Sik (lakonan Kim Seon Ho) hanya disewa dalam tempoh penggambaran. Pada masa ini, pemilik asal tinggal di tempat-tempat itu” – krew
Krew produksi itu juga menjelaskan bahawa pemilik sebenar rumah rimas dan terpaksa bergelut dengan peminat yang tak henti-henti cuba untuk masuk ke rumah mereka.
Walaubagaimanapun, pemilik sebenar itu telahpun memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang mereka melakukan penggambaran bagi drama ‘Hometown Cha Cha Cha’, lapor Allkpop.
Produser drama tersebut juga meminta jasa baik semua peminat untuk berhenti datang ke rumah pemilik sebenar supaya tidak mengganggu ketenteraman mereka.
Baca: Rupa Mirip Oppa Kim Seon-ho, Lelaki Ini Digelar Han Ji-pyeong Versi Indonesia