in

Pemuda Direntap Keluar Dari Kereta Axia, Rupanya Sebab Ibu Tak Bayar Pinjaman Wang?

Ft Axia Penang Kena Rampas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah tular sebuah video yang memaparkan seorang pemandu Axia sedang berhenti di lampu isyarat sebelum didatangi dua orang pemuda yang menariknya keluar.


Menerusi video berkenaan, dapat dilihat pemandu Axia itu bertindak merayu kepada salah seorang pelaku tersebut namun rayuannya itu tidak diendahkan.

Korang boleh tengok video dekat SINI.

Screenshot 4 1

Pada mulanya tiada siapa yang mempedulikan kejadian itu sehinggalah beberapa orang penunggang motosikal cuba membantu dengan mengejar kereta yang dirampas itu.

Susulan kejadian itu, Polis telah menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes rampasan kereta Axia di lampu isyarat Jalan Bagan Lalang, Butterworth.

Ketiga-tiga lelaki berusia 27 – 49 tahun itu telah ditahan di tiga lokasi berbeza iaitu Seberang Jaya, Butterworth dan Kuala Kangsar pada Khamis.

Screenshot 1 1

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku selepas ibu kepada pemandu tersebut membuat pinjaman sebanyak RM100,000 dengan seorang lelaki pada tahun 2020 namun gagal melunaskannya.

Wanita berusia 57 tahun itu telah bersetuju untuk menyerahkan kereta Perodua Axia melalui satu perjanjian bertulis sekiranya gagal membayar balik pinjaman tersebut.

“Selepas wanita itu gagal membayar balik wang pinjaman, maka pemberi pinjaman telah mengupah orang untuk merampas kereta anaknya,” katanya.

Screenshot 2 1

Difahamkan suspek telah diupah oleh seorang pemberi pinjaman wang untuk merampas kereta mangsa dan ketiga-tiga suspek berada di bawah pengaruh dadah ketika ditahan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan tanpa senjata. Pihak polis turut menambah agar orang tidak terus menularkan video kejadian berkenaan sebaliknya mereka boleh merujuk kepada pihak berkenaan untuk pengesahan maklumat yang sahih.

Sumber : Instagram (Kosmo_online), Sinar Harian

Baca : Nak Lari Dari Polis, Pasangan Kekasih ‘Pecut’ Kereta Sampai Langgar Palang Tol Rupanya Positif Dadah

Pasangan Kekasih Lari Polis 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.