in

Peminat Samakan Neelofa Dengan Penduduk Palestin, Dua-Dua Ditindas Di Negara Sendiri?

Cover 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hampir setiap bulan, nama pengacara popular Neelofa akan tular di media sosial selepas menjadi bualan hangat netizen Malaysia.


Terbaharu, Neelofa sekali lagi menjadi buah mulut netizen apabila dikatakan dia dan suami telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Nelofa 2

Sedang orang ramai mengecam tindakan Neelofa dan suami yang didakwa melanggar SOP, peminat Neelofa tampil mempertahankan selebriti itu.

“Neelofa dan Palestin ada persamaan”

Baru-baru ini, tular sebuah gambar tangkap layar Instagram Story daripada akaun peminat Neelofa yang mempertahankan tindakan artis pujaan mereka itu.

1 10

Menurut akaun itu, Neelofa mempunyai persamaan dengan Palestin. Palestin ditindas di atas tanah sendiri, dan Neelofa juga sama, dibuli dan dimaki di negaranya sendiri.

Sambungnya lagi, hanya ada satu perbezaan di antara Neelofa dengan Palestin; Palestin ditindas oleh bangsa Israel, manakala Neelofa dibuli dan dimaki oleh sauda seagama.

“Jangan taksub!”

Bagaimanapun, kenyataan akaun peminat Neelofa ini dikecam orang ramai yang menganggap perbandingan ini adalah merepek dan tidak sama.

“Tolong jangan samakan penderitaan rakyat Palestin dengan kesilapan awak melanggar SOP, okay?”, ujar seorang netizen di media sosial.

Meninjau reaksi netizen yang lain pula, rata-rata kurang bersetuju dengan kenyataan peminat Neelofa ini yang dianggap terlalu taksub sehingga tidak dapat membezakan mana yang benar dan salah.

A 3

B 3

C 3

Untuk rekod, satu petisyen ke atas Neelofa telah dibuat untuk mendesak agar pihak berkuasa lebih tegas ke atas selebriti ini yang jelas telah melanggar SOP secara berulang-kali.

Petisyen Lofa

 

BACA: “Tak habis-habis…” Neelofa Sekali Lagi Disiasat Polis Dakwaan Tak Pakai Mask di Mahkamah

Capture 61

 

Sumber: Utusan TV

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.