Belum lagi selesai kes mahkamah melibatkan pendakwaan atas kesalahan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet dekat Nilai, selebriti terkenal, Neelofa sekali lagi diasak dengan satu lagi dakwaan.
Menurut Malaysiakini, polis hari ini katanya telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan usahawan tersebut yang tidak memakai pelitup muka ketika hadir di Kompleks Mahkamah Seremban semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata, siasatan tersebut dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.
Laporan polis diterima kerana tindakan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka seperti yang diwajibkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada orang ramai, termasuk mereka yang mengenakan niqab penuh atau separuh.
“Penjelasan berkenaan perkara ini telah dikeluarkan KKM setelah kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di semua tempat awam mulai 1 Ogos tahun lepas,” katanya.
Malah hasil semakan admin sendiri, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Twitter menjelaskan bahawa wanita berpurdah juga wajib memakai mask sama ada jenis perubatan atau bukan perubatan (3 lapisan fabrik yang disyorkan WHO).
Wanita berpurdah juga wajib memakai pelitup muka sama ada pelitup muka perubatan atau bukan perubatan (tiga lapisan fabrik yang disyorkan WHO). – @DGHisham
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) October 22, 2020
Terdahulu, viral di media sosial gambar kehadiran Neelofa ke kompleks mahkamah tersebut yang mengundang respon orang ramai apabila rata-rata mendakwa beliau tidak memakai pelitup muka walaupun mengenakan niqab.
Uish lepas satu, satu ye dakwaan yang perlu siasat. Harap selepas ini lebih berhati-hati dengan SOP yang ditetapkan.
Baca: “Biasa orang bersinar ramai dengki” – Sajat ‘Back Up’ & Puji Perwatakan Neelofa