Sebelum ni dah banyak sangat kisah ‘claim’ yang kita baca dan dengar melibatkan negara kita dengan negara jiran, Indonesia.
Hakikatnya masing-masing tak mahu kalah, dan kalau boleh nak tunjukkan negara masing-masing the best.
Baju Miss Grand Malaysia cedok dari Indonesia?
Terbaru, busana nasional Miss Grand Malaysia, Mel De Quanne timbulkan perdebatan hangat dalam kalangan peminat ratu cantik Malaysia dan Indonesia sebab
“Busana ini dikatakan diambil dari budaya Indonesia”
https://twitter.com/AchuNadia/status/1181590634047524869
Nak dijadikan cerita, pemilik twitter berkenaan cakap yang peminat ratu cantik Indonesia kata busana nasional yang dipakai wakil Malaysia bercirikan wayang kulit yang telahpun disahkan oleh UNESCO sebagai hak milik budaya Indonesia.
Mereka tetap ‘claim’ wayang kulit tersebut walaupun pemilik busana itu mengatakan bahawa ia diadaptasi dari Siam…Aduh susah jugak kalau semua nak claim kan?
“Bukannya Malaysia dekat Rusia, Indonesia kat Cuba yang nak jadi beza sangat budaya”
Rata-rata netizen tak terkejut dengan perkara tersebut, malah mereka juga tidak mudah melatah sebaliknya menjelaskan yang rumpun nusantara sememangnya mempunyai banyak persamaan dari segi budaya, sepatutnya ia tak dijadikan sebagai satu isu.
Betul jugak apa yang netizen kat atas ni cakap, iyelah tak mustahil kita ada persamaan dari segi budaya sebab kita negara serumpun nusantara.
Tapi penjelasan kat bawah ni akan buat korang lebih faham yang wayang kulit bukan HANYA di Indonesia sebab budaya ini sememangnya sudah berkurun lagi bertapak di muka bumi ini.
So sekarang macam mana? Tepuk dada tanya selera.
Baca : Dia claim lagi- Gadis Ini Kata THE BEATLES Tiru Band Indonesia, Pulak! #DoneClaim