in

Pemandu Teksi Kantoi Lalok, Simpan Ganja Dan Peralatan Dalam Teksi

Baruteksi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Teksi masih menjadi pilihan pengguna di Malaysia walaupun terdapat pelbagai pilihan kenderaan awam yang lain. Oleh itu, pihak berkuasa sentiasa mengadakan operasi bagi memastikan pemandu teksi tidak melanggar undang-undang dan membahayakan penumpang mereka.


Terbaru, The Malay Mail melaporkan pihak berkuasa telah mengadakan operasi bersepadu lapangan terbang di kawasan Long Term Car Park KLIA semalam yang melibatkan JPJ, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Teksi2
sumber: mmo

Melalui operasi tersebut, dua lelaki dalam lingkungan umur 27 dan 46 tahun telah dicekup kerana berada dalam keadaan khayal. Mereka ditahan di pintu masuk ketika sedang menuju ke kawasan tempat letak kereta dan dikatakan baru sahaja menghisap ganja dan syabu.

Seorang lagi pemandu teksi berumur 44 tahun yang mengaku telah menghisap dadah, turut ditahan ketika sedang meninggalkan kawasan tersebut untuk mengambil penumpang. Eh, bahayanya!

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Nazli Md Taib berkata mereka ditahan kerana berada dalam keadaan khayal dan memiliki bahan terlarang seperti ketulan ganja mampat.

Berdasarkan hasil siasatan lanjut JPJ, pemandu teksi terbabit telah menyorokkan ketulan mampat ganja di dalam kotak rokok yang disembunyikan di bawah tempat duduk pemandu dan karpet kereta. Bukan itu sahaja, peralatan dapur ganja moden, seperti botol minuman ringan dan sebatang paip ganja turut dijumpai di dalam teksi.

Peralatan dapur moden untuk menghisap dadah yang ditemui bersama suspek dipercayai boleh didapati secara dalam talian dan dilengkapi dengan satu set peralatan menghisap ganja yang diperlukan.”

Pemandu-pemandu teksi berkenaan telah disiasat mengikut Seksyen 12 (2) atau Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983.

Melalui operasi tersebut, pihak berkuasa telah memeriksa 150 buah teksi pelbagai jenis dan 20 kenderaan telah dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan seperti Lesen Pengangkutan Kenderaan Awam (PSV) tamat tempoh dan cermin kereta yang gelap.

Syabas kepada pihak berkuasa sebab berjaya tangkap pemandu teksi yang lalok dan ada dadah ni. Bahaya tau kalau diorang memandu dalam keadaan khayal dengan penumpang lagi dalam tu.

Baca: Pemandu Teksi Melampau Caj Penumpang RM160 Untuk Perjalanan Tidak Lebih 10 Kilometer

Teksi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.