in

Pemandu Pelancong Di Pulau Perhentian Biadap, Tengking Pelancong Yang Bertanyakan Soalan

Rude Tour Guide Loses Patience And Shouts At Malaysian Tourists After Asking A Few Questions World Of Buzz 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Pemandu Pelancong Di Pulau Perhentian Biadap, Tengking Pelancong Yang Bertanyakan Soalan
Loading
/

Cuti yang panjang hujung minggu baru-baru ini memberi peluang kepada mereka yang bekerja untuk menikmati cuti-cuti Malaysia bersama keluarga atau teman.

Namun tiada siapa yang mahu percutian tersebut diakhiri denngan tragedi seperti apa yang menimpa sekumpulan sahabat yang telah membeli sebuah pakej percutian ke Pulau Perhentian daripada seorang agen.


Melalui sebuah perkongsian di laman Facebook Penang Online, sebuah video seorang lelaki memarahi sekumpulan pelancong wanita dimuatnaik,

Kepada sesiapa yang ada perancangan nak pergi melancong ke Pulau Perhentian diharap elak guna agen ni. Bukan nak tutup periuk nasi ‘mamat baran’ itu tetapi anda nilailah sendiri. Menyirap tengok aih!” 

18199226 713256125501812 2756656391473277927 N
sumber: facebook

Melalui rakaman tersebut, seorang lelaki yang berkemungkinan pemandu pelancong telah membawa sekumpulan wanita untuk bercuti ke Pulau Perhentian.

Namun lelaki tersebut tiba-tiba sahaja naik berang dan menjerkah wanita-wanita tersebut apabila dia ditanyakan soalan berkaitan dengan jadual perjalanan percutian mereka di situ. Kejadian berlaku di Kampung Nelayan, Pulau Perhentian.

Hoi! Dengar saya cakap dulu. Sekarang macam ni, tengah hari pergi makan sana, malam makan sana juga dan pagi pun makan sana.” 

Rude Tour Guide Loses Patience And Shouts At Malaysian Tourists After Asking A Few Questions World Of Buzz
sumber: facebook

Pun begitu, apabila wanita tersebut mula bertanyakan soal jadual perjalanan mereka yang tidak menyediakan jadual aktiviti seharian mereka di situ, mereka sekali lagi dimarahi pemandu pelancong tersebut.

Nak cerita berapa kali dah ni? Kamu faham ke tak?” 

Rude Tour Guide Loses Patience And Shouts At Malaysian Tourists After Asking A Few Questions World Of Buzz 2
sumber: facebook

Pelancong wanita itu cuba untuk tidak mengeruhkan keadaan dengan mengatakan,

Kami tiga hari di sini. Kami bukan nak marah awak dan kami tak marah pun.” 

Pemandu pelancong yang masih bengang itu terus menjawab,

Aku dah cerita dah kan? Kalau nak sewa… sewa, tak nak sewa tak payah! Sepuluh kali tanya benda yang sama, tak faham-faham. Bengong!”

Rude Tour Guide Loses Patience And Shouts At Malaysian Tourists After Asking A Few Questions World Of Buzz 3
sumber: facebook

Perkongsian tersebut mendapat kecaman netizen yang rata-rata mengatakan pemandu pelancong tersebut tidak patut memperlakukan pelanggannya sebegitu. Malah ada juga yang mengaku, mereka berada di tempat kejadian semasa perkara tersebut berlaku.

Saya ada di tempat kejadian tengah makan dekat atas tu. Kasihan kakak-kakak ni, mereka tanya elok-elok dengan suara perlahan aje. Tiba-tiba mamat itu tinggikan suara. Mamat ni berani sebab semua dalam kumpulan tu perempuan.”

Walaupun begitu, seorang pengguna Facebook bernama Anggun Anggun yang juga merupakan mangsa kepada pakej percutian tersebut menceritakan pengalamannya semasa berurusan dengan syarikat percutian itu.

Menurutnya,

Kes ini merupakan pengalaman saya dan kawan-kawan pada 27 April lepas. Pakej yang kami ambil ialah RM280 seorang dan melalui informasi dari orang tengah, sehari sebelum kami bertolak dia akan menelefon kami. Tapi tak ada apa pun. Bila mesej bertanya, dia hanya jawab nanti kami mesej. Sampai hari kami pergi pun, dia masih tak beri info.”

Sampai di Lapangan Terbang Kota Bharu pada pagi itu (7.45 pagi), kami telefon dia tapi tak dapat-dapat. Selepas dua jam, baru dia telefon suruh tengok arahan. Tapi sampai pukul 12 tak dapat lagi arahannya. Buang masa menunggu lama.” 

Menurut mangsa juga, pemandu pelancong tersebut hanya asyik mengingatkan mereka untuk menyerahkan duit baki bayaran pakej tersebut. Namun servisnya tidak dijalankan dengan baik.

Rupanya dia beri banyak nombor telefon dan suruh kita telefon untuk uruskan hal tentang bot, penginapan Yellowhouse dan makanan. Bila saya jumpa dia dan tanya kenapa saya kena telefon sana sini padahal dia kena uruskan semua tentang pakej ini, dia hanya buat tak tahu saja.”

Sambungnya lagi,

Ini pakej paling teruk. Servis ke laut.”

Kemungkinan perselisihan yang berlaku pada rakaman di atas adalah disebabkan perbezaan dialek yang digunakan iaitu Utara dan Kelantan. Sungguhpun begitu, sebagai orang yang memberi servis kepada pelanggan, kita kenalah melayan mereka dengan penuh sabar.

Kalau nak bisnes maju, kenalah layan pelanggan baik-baik. Bukan mudah naik angin, lumrah lah tu pelanggan bertanya kan…

Tonton video di bawah:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.