Pemain Profesional Tekken Dibuang Pasukan Lepas Kata Lelaki Bawah 170cm Tak Patut Dapat Hak Kemanusiaan

Tambah ke Sumber Pilihan
Pemain Profesional Tekken Dibuang Pasukan Lepas Kata Lelaki Bawah 170cm Tak Patut Dapat Hak Kemanusiaan

Seorang pemain profesional Tekken di Jepun, Tanukana dilaporkan telah dipecat daripada pasukannya kerana mengeluarkan kenyataan berbaur menghina berkenaan lelaki.

Gadis ini ditendang keluar daripada pasukan Cyclops Athlete Gaming selepas dia berkata lelaki yang pendek tidak patut mendapat hak kemanusiaan.


6147402 229739Sumber: inkl

Menurut sumber, Tanukana berkata lelaki di bawah 170 sentimeter tidak patut mendapat hak kemanusiaan. Gadis ini turut mencadangkan lelaki yang pendek agar membuat pembedahan pemanjangan tulang agar mereka menjadi lebih tinggi.

“Ya, saya maksudkannya. Lelaki pendek tidak patut mendapat hak kemanusiaan. Ketahui tempat anda”, jelas pemain e-sukan itu.

Semuanya bermula apabila Tanukana membuat live stream dan menjawab soalan yang diberikan oleh penonton. Sampai satu tahap, dia berceritakan bagaimana seorang penghantar makanan cuba untuk meminta nombor telefonnya.

“Dia pendek, mungkin dalam 165 cm. Boleh jadi tinggi dia di bawah 165cm! Lepas saya lihat betapa pendeknya dia, saya terus tidak mahu berikan nombor telefon”, cerita gadis ini.

Selepas menceritakan kisah penghantar makanan tersebut, dia kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang menghina lelaki rendah itu.

TanukanaSumber: TheGamers

Bagaimanapun, Tanukana akhirnya memohon maaf namun tidak diterima ramai apabila dia menyatakan kenyataan tersebut hanyalah sebagai tanda dia menghargai lelaki tinggi.

Kontrak Tanukana bersama Cyclops Athlete Gaming dan jenama yang menajanya semuanya sudah ditarik semula gara-gara isu tersebut.

Kredit: Sora News 14

BACA: Dah 30 Tahun Baru Sedar, Hospital Di Jepun Ini Terguna Air Tandas Sebagai Sumber Minuman

Cats 15

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Hafiz Ahmad
Lagi tulisan Hafiz
Penggemar ayam 4Fingers.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Pemain Profesional Tekken Dibuang Pasukan Lepas Kata Lelaki Bawah 170cm Tak Patut Dapat Hak Kemanusiaan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pemain-profesional-tekken-dibuang-pasukan-lepas-kata-lelaki-bawah-170cm-tak-patut-dapat-hak-kemanusiaan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM