in

Pelumba Basikal Tour De France ‘Berterabur’ Atas Jalan Disebabkan Penonton Sibuk Nak Masuk TV

2Punca

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Acara sukan berbasikal paling popular didunia Tour de France (TdF) telah bermula baru-baru ini. Namun ada satu kejadian pada pusingan pertama kejohanan itu yang mendapat perhatian ramai.


Screenshot 2021 06 27 At 12.43.04 Pm

Menerusi laporan Harian Metro, sekumpulan pelumba telah jatuh beramai-ramai dalam acara itu. Hal ini berlaku selepas seorang penonton di tepi jalan yang mahu aksinya dirakam di siaran televisyen mengakibatkan pelanggaran beramai-ramai.

Ketika 45 kilometer sebelum melintasi garisan penamat, seorang penonton yang memegang sepanduk menyebabkan pelumba Jerman, Tony Martin terjatuh. Korang boleh tengok video kejadian itu dalam tweet @redzuanNewsMPB di bawah.

 

Perlumbaan diteruskan

Kemalangan itu menyebabkan perlumbaan terhenti selama 5 minit tatkala pihak penganjur memberikan bantuan kepada para pelumba yang bertaburan di atas jalan raya.

Walaubagaimanapun, pendahulu perlumbaan memperlahankan rentak kayuhan bagi membolehkan kumpulan besar pelumba (peloton) untuk kembali mengejar.

Turut dilaporkan, walaupun kemalangan besar itu melibatkan ramai pelumba, hanya seorang pelumba sahaja yang terpaksa menarik diri.

 

Baca: “First time nampak” –  Basikal Melekat Pada Cermin Depan Lamborghini, Rupa-rupanya Alat Bantuan Memandu?

Screenshot 2021 06 27 At 12.45.23 Pm

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.