Sejak kerajaan menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan (PKP) lalu, ramai netizen yang cuba menceburi bidang perniagaan di platform digital. Bukan di Malaysia sahaja, malah negara luar juga turut memulakan bisnes mereka.
Tapi agak-agaklah, baru-baru ini tular di media sosial, seorang individu menjual air wuduk di shopee hingga cetuskan kecaman daripada netizen.
Air wuduk berkenaan dijual pada harga RM4, pada pandangan netizen air ini boleh didapati di rumah masing-masing dan ianya memang tak masuk akal, lapor Harian Metro.
Paling tak boleh brain, peniaga berkenaan dikatakan overclaim air wuduk yang dijual itu dikatakan mampu mencerahkan kulit wajah, mengurangkan kedutan, mencegah mengantuk, dan wajah kekal lembap. Ayat promo memang padu weyh..
Bukan itu sahaja peniaga tersebut turut memberi jaminan 100% original dan menawarkan pengembalian wang sekiranya ia barang palsu.
Min memang tak boleh brain, ada juga orang jual air wuduk yang senang nak dapat ni. Lepas tu boleh overclaim pulak tu, sabar je lah…
Baca: “Nasib baik menetas” – Anak Penyu Menetas Dari Telur Yang Dibeli Untuk Di Makan