in

“Nasib baik menetas” – Anak Penyu Menetas Dari Telur Yang Dibeli Untuk Di Makan

2Penyu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyu adalah haiwan yang terancam dan makin hari, bilangannya makin sedikit. Banyak badan-badan pencinta haiwan yang sentiasa menyebarkan maklumat tentang keadaan penyu di dunia. Pun begitu, ada juga segelintir dalam kalangan kita yang masih mengambil mudah isu ini. Ada yang sanggup memakan telur penyu walaupun telah diharamkan disisi undang-undang tempatan.


Berita baik yang tular di media sosial mengenai telur penyu yang dibeli dengan niat untuk dimakan telah menetas dan keluar penyu. Iye, keluar penyu! Kalau korang tak percaya, cuba korang tengok tweet oleh @pelf81 kat bawah ni.

Screen Shot 2020 06 27 At 4.26.44 Pm Screen Shot 2020 06 27 At 4.27.02 Pm Screen Shot 2020 06 27 At 4.27.19 Pm

 

Nasib baik menetas

Admin rasa happy sangat lepas tahu telur yang dibeli tu akhirnya keluar jadi anak penyu. Nasib baik orang yang beli tu lupa nak makan. Kalau dia makan memang tak dapat lah kita nak tengok penyu ni menetas kan.

Screen Shot 2020 06 27 At 4.29.41 PmFuhh.. nasib baik lupa nak makan. Tapi kan apa sebenarnya rasa telur penyu ni? Sedap sangat ke sampai orang beriya-iya nak makan?

Screen Shot 2020 06 27 At 4.28.23 PmBetul, telur ayam lagi sedap. Telur penyu ni entah apa lah rasa dia. Pelik betul orang yang pilih telur penyu ni buat jadi lauk.

Screen Shot 2020 06 27 At 4.30.06 PmHebat penyu ni rupanya. Dari telur lagi dah hebat. Walaupun tak kena tanama, masih boleh menetas macam normal. Harap tak ada lah lagi kes orang beli telur penyu nak makan punya pasal lepas ni.

 

Baca: “Otak langsung tak cakna” – Netizen Boikot Penjualan Telur Penyu Secara Atas Talian

Screen Shot 2020 06 27 At 4.30.23 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.