in

Pelanggan Terkejut Dapat Tuala Goreng Lepas Pesan Ayam Goreng Di Jollibee Filipina

Cover 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekilas pandang, tidak ada yang salah dengan menu ayam goreng dari restoran makanan segera Jollibee ini. Namun, setelah dipegang, ternyata ayam goreng yang berada di dalam kotak makanan tersebut rupanya adalah tuala goreng!

Inilah yang terjadi kepada seorang wanita Filipina, Alique Perez yang berkongsikan pengalaman mengejutkan apabila menemui tuala goreng di dalam kotak makanan Jollibee.


1 3

2 2

Jelas Perez dalam satu hantaran di Facebook, dia memesan menu tersebut menerusi perkhidmatan Grab untuk anaknya. Setelah menerima menu tersebut, dia berasa sedikit pelik apabila ayam goreng sedikit liat selepas digigit.

Dia akhirnya mencarik ayam goreng tersebut dan mendapati makanan tersebut sebenarnya adalah tuala goreng. Perez ada meluahkan rasa jijiknya selepas menemui penemuan ini.

“Ini sangat menjijikkan. Bagaimana awak boleh letak tuala dalam acuan tepung dan goreng?!”

Perez turut berkongsikan beberapa video rakaman tuala goreng tersebut.

https://www.facebook.com/aliquemarie/posts/10224110024393881

Jollibee Filipina mohon maaf

Selepas hantaran Perez tersebut tular, Jollibee Filipina ada mengeluarkan satu kenyataan rasmi di Facebook rasmi mereka.

Jelas Jollibee, francais yang terlibat akan ditutup selama tiga hari bermula 3 Jun lepas untuk tujuan siasatan. Jollibee juga menegaskan pihak mereka akan terus berhati-hati dalam penyediaan makanan untuk kepuasan pelanggan mereka.

193072433 4238770356169158 5243492484680642820 N

 

BACA: “F*ck You!” – Rider FoodPanda Kena ‘Sembur’ Dengan Pelanggan Sebab Dapat Ayam KFC Kurang & Tiada Nuget

Cats 26

Sumber: Alique Perez
Sumber: Alique Perez
Sumber: Jollibee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.