Siapa tak suka pergi melancong? Kalau boleh kita akan melakukan segala persiapan yang perlu untuk pergi melancong especially travel ke luar negara. Iyelah bukan selalu berpeluang travel ni kan.
Cuma kita selalu diingatkan supaya berhati-hati ketika melancong, malah seringkali ditekankan mengenai kepentingan mengambil insurans kalau nak travel.
Mati jatuh flying fox
Macam apa yang berlaku di Thailand ni apabila seorang warga Kanada maut selepas terjatuh dari ketinggian 12 meter ketika melakukan flying fox di salah sebuat lokasi pelancongan terkenal di Chiang Mai, Thailand.
Memetik Harian Metro, kejadian malang itu dilaporkan berlaku selepas abah-abah yang dipakaikan pada badan mangsa berusia 25 tahun itu terputus secara tiba-tiba.
Dikatakan mangsa datang ke Thailand untuk bercuti bersama isteri tersayang dan melakukan sukan lasak Flying Fox di Flight Of The Gibbon di Chiang Mai.
Dia terjatuh ketika meluncur pada tali. Semua bukti sudah dihantar ke pejabat forensik,”
Mejar Polis daerah Mae On, Sakarin Wiratsaken berkata setakat ini tiada individu yang didakwa atas kemalangan itu.
Malah wakil syarikat lokasi pelancongan itu memberitahu, kawasan terbabit kini ditutup sementara kepada orang ramai susulan insiden malang berkenaan.
Bahaya betul! Hati-hati melancong lepas ni guys~
Baca : Bapa Mertua Tuduh ‘Anu Besar’ Menantu Punca Anak Perempuannya Mati