Pelajar Malaysia Pertama Sertai Persidangan United Nation International Model Berjaya Rangkul Beberapa Anugerah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Satu lagi berita yang membuatkan nama Malaysia harum di persada antarabangsa. Diharap kisah ini menjadi pembakar semangat kepada semua pelajar di negara kita.

Pada 28 Julai, seorang pelajar Malaysia bernama Prevena Ramakrishnan telah mengharumkan nama Malaysia apabila dia membuat satu pembentangan hebat di Persidangan United Nation 2017 International Model.

Sumber: The Star

Menurut The Star, Prevena merupakan pelajar dari SMK Sultan Badlishah, Kedah dan berjaya membawa pulang beberapa anugerah termasuk ‘Most Improved Delegate Award’ di acara yang gilang gemilang itu.

Dianjurkan oleh Unesco Centre for Peace, persidangan itu diadakan di Hood College di Maryland, Amerika Syarikat. Prevena telah mengambil bahagian dalam program itu selama dua minggu dan kesemua peserta yang terlibat mempunyai satu matlamat yang sama, iaitu menggalakkan isu global mengenai pendidikan melalui stimulasi.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid juga telah mengucapkan tahniah kepadanya melalui media sosial selepas mendengar perkhabaran gembira tersebut.

“Difahamkan ini kali pertama pelajar Malaysia ke Persidangan United Nation 2017 International Model. Adik Prevena telah membuat pembentangan kepada 96 delegasi seluruh dunia.”

“Malah beliau juga telah memenangi anugerah ‘Best Speaker’ dan ‘Best Position Paper’. Kami bangga dengan kejayaan anda!”

– Datuk Seri Mahdzir Khalid

Sumber: Facebook

Pencapaian luar biasa Prevena telah mendapat perhatian di seluruh negara dan netizen rata-rata memberikan komen yang menyentuh hati serta memberi semangat kepadanya.

“Tahniah Prevena, semoga anda menjadi contoh kepada semua pelajar lain!” komen seorang netizen.

“Tahniah! Capailah impian anda dan jangan biarkan sesiapa pun menghalangnya,” kata seorang lagi.

Tahniah dari team Lobak Merah dan semoga kisah ini menjadi inspirasi kepada semua pelajar di Malaysia. Semoga Prevena berjaya di masa akan datang!

Baca: Gadis 19 Tahun Ini Bakal Menjadi Doktor Termuda di Malaysia!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!