Pelajar ‘Kantoi’ Jual Peranti Siswa Sebab Nak Beli iPad?

Tambah ke Sumber Pilihan
Pelajar ‘Kantoi’ Jual Peranti Siswa Sebab Nak Beli iPad?

Pada tahun ini, kerajaan telah mengumumkan bantuan peranti siswa kepada pelajar yang berkelayakan. Namun, ada segelintir pelajar yang memilih untuk menjual semula peranti tersebut untuk membeli iPad. Patut ke diaorang buat macam tu?

Telah tular baru-baru ini, seorang pelajar telah cuba untuk menjual tablet itu secara atas talian. Bagaimanapun, ramai mengetahui bahawa itu adalah peranti siswa yang diberikan oleh kerajaan sebagai inisiatif bantuan kepada pelajar IPT.


Screenshot 2022 10 25 110526Sumber: Facebook

Menerusi perkongsian di Facebook itu, pelajar tersebut hendak menjual peranti siswa berkenaan untuk membeli iPad dengan alasan, pembelajaran kini memerlukan banyak penulisan untuk membuat nota.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan pelajar tersebut. Malah, ada warganet yang berkata pelajar tersebut tidak bersyukur dan menyalahgunakan inisiatif bantuan kerajaan.

Screenshot 2022 10 25 111436Sumber: Facebook

Screenshot 2022 10 25 111508Sumber: Facebook

Screenshot 2022 10 25 111613Sumber: Facebook

Setelah isu ini tular di laman sosial, ia telah menangkap perhatian Syed Saddiq yang juga telah memberikan komen tentang isu ini melalui media sosial Twitter beliau.

Dia mengesa agar pelajar tersebut tidak menjual peranti siswa tersebut kerana bukan semua pelajar yang mendapat bantuan berkenaan. Beliau menambah yang, separuh daripada pelajar yang berada di Sabah dan Sarawak tidak mempunyai gajet untuk tujuan pembelajaran.

“Boleh serahkan kembali untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan lagi,” menerusi ciapan beliau.

Min rasa tak patut pelajar ni jual peranti tu, ramai lagi dekat luar sana yang masih belum dapat peranti siswa dorang..

Baca : Syed Saddiq Gesa Panjangkan Cuti Umum Deepavali Seperti Sambutan Perayaan Lain

Syed Saddiq Gesa Cuti Deepavali 364X205 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Farhan Sahak
Lagi tulisan Farhan
Seorang yang suka cuba aktiviti baru dalam kehidupan, tapi yang pasti dia tak pernah cuba awek member

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Pelajar ‘Kantoi’ Jual Peranti Siswa Sebab Nak Beli iPad?
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pelajar-kantoi-jual-peranti-siswa-sebab-nak-beli-ipad/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM