in

Pelajar IPT Yang Berada Di Lokaliti PKPD Tak Boleh Balik Beraya Aidilfitri

Iptttttt E1619863073244

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tadi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa semua penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dibenarkan pulang beraya di rumah masing-masing kecuali Sarawak mulai 7 Mei ini.


Namun begitu, mereka yang berada di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan negeri yang melaksanakan larangan pergerakan tidak dibenarkan pulang ke rumah sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut menetapkan pelajar yang akan pulang ke kawasan dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kelantan menjalani pengasingan kendiri selama enam hari di rumah keluarga masing-masing, lapor Harian Metro.

Disamping itu, MKN menyatakan menerusi dokumen SOP pergerakan pelajar IPT sempena cuti perayaan Aidilfitri bahawa proses saringan kesihatan akan dilakukan sebelum pelajar dibenarkan pulang.

“IPT akan mengeluarkan surat pelepasan perjalanan rentas daerah atau negeri kepada semua pelajar yang telah diberikan kebenaran pulang.

“IPT juga perlu membuat pelaporan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) secara harian berhubung jumlah pelajar yang telah bergerak pulang.” katanya.

Dalam pada itu, MKN dalam dokumen sama turut mewajibkan semua pelajar yang akan pulang ke Sabah atau akan kembali ke negeri itu selepas cuti Aidilfitri menjalani ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) atau Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen) mengikut arahan kerajaan negeri dari semasa ke semasa.

Sementara itu, pelajar yang akan kembali ke kampus di Sabah selepas Aidilfitri secara berperingkat mulai 15 hingga 21 Mei 2021 tidak perlu menjalani proses pengasingan kecuali bagi mereka yang tiba daripada kawasan PKP.

 

Baca : Pelajar IPT Boleh Balik Beraya Ke Rumah Mulai 7 Mei

Mei

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.