in

Pelajar Dipukul Pembuli di Dalam Bilik Darjah, Guru Hanya Berdiri Dan Tonton Kejadian Tersebut

Page 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Pelajar Dipukul Pembuli di Dalam Bilik Darjah, Guru Hanya Berdiri Dan Tonton Kejadian Tersebut
Loading
/

Selain diberi tanggungjawab mendidik, guru juga bertanggungjawab untuk menjadi pelindung buat anak murid terutama sekali jika berlakunya kes buli. Yelah, kes buli makin kerap berlaku di sekolah.


Namun tindakan seorang guru di Singapura ini sebaliknya apabila dia hanya berdiri dan menonton salah seorang pelajar dibuli dan dipukul oleh pelajar yang lain. Cikgu apa macam ni?

Buli 3
sumber: facebook

Menurut Coconuts, kejadian itu berlaku di Sekolah Menengah St Hilda di mana dua pelajar dengan kejam telah memukul rakannya hingga mencetuskan kekecohan di dalam bilik darjah.

Pergaduhan tersebut yang dirakam dan dimuat naik di Facebook telah menunjukkan bagaimana guru berkenaan hanya menjengah kejadian tersebut dari pintu dan tidak melakukan sebarang tindakan. Takut kena pukul jugak ke apa?

Buli 2
sumber: facebook

Selepas berlaku pergelutan tanpa henti, kejadian itu akhirnya dihentikan oleh pelajar lain dan guru berkenaan dikatakan masih berdiri di tepi pintu tanpa mengenakan sebarang tindakan kepada mereka.

Buli 4
sumber: facebook

Sehingga kini, Kementerian Pendidikan Singapura dan Sekolah Menengah St Hilda masih belum lagi mengeluarkan sebarang isu mengenai kejadian ini.

Rakaman yang tular tersebut rata-rata mendapat kecaman netizen. Mestilah kan, dah cikgu tu tengok je!

“Kami menghantar anak-anak ke sekolah untuk belajar, baik secara akademik dan sosial. Untuk seorang guru hanya berdiri dan tidak melakukan apa-apa, ini adalah teruk. Sekiranya ini anak kita yang dibuli, bagaimana perasaan anda? Tidak buat apa-apa? Dan anak-anak ini akan berada di sekolah dan kelas yang sama untuk beberapa tahun akan datang? Semoga MOE mengambil tindakan tegas, bukan sekadar amaran, untuk mengajar semua anak pelajaran.”

“Orang dewasa yang berdiri tu tidak peduli untuk melakukan apa-apa. Ingat ini pertunjukkan ke…”

“Apa dah jadi dengan pendidikan tempatan kita. Ibu bapa harus mengambil ini serius. Tindakan ini tidak boleh diterima. Saya harap tindakan disiplin akan dilakukan terhadap situasi ini dan guru perlu dimaklumkan mengenai prosedur yang perlu dilakukan ketika berhadapan dengan situasi seperti ini.”

Haih macam-macam. Kami harap kat Malaysia tak ada guru macam ni…

Baca: Video Sekumpulan Pelajar Perempuan Buli Rakan di Padang Sekolah Tular

Capture 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.