in

Pekerja Rumah Pengebumian Mogok, Minta Tambah Kakitangan Bagi Hadapi Gelombang Kedua Covid-19

Ft Madrid 1 E1636168844799

Sebaran gelombang kedua Covid-19 ternyata memberi impak kepada keseluruhan penduduk dunia terutamanya pekerja barisan hadapan. Catatan angka pesakit yang disahkan positif juga masih berada paras yang membimbangkan.

Perkara ini nyata membangkitkan kerisauan dalam kalangan pekerja pengebumian di Madrid hingga mereka bertindak menggesa penambahan kakitangan bagi menghadapi kematian akibat daripada gelombang kedua wabak itu.

Bagi memastikan keperluan mereka dipenuhi, puluhan pekerja bertindak melancarkan mogok 24 jam semalam di pintu masuk tanah perkuburan Carabanchel, Selatan Madrid.

Mogok tersebut dijalankan sewaktu penduduk Sepanyol menziarahi kubur iaitu pada Hari All Saints.

 

Capture 6

 

Kemarahan mereka itu ‘diluahkan’ melalui bunyian hon selain dengan beraninya menggesa perletakan jawatan Datuk Bandar Madrid, Jose Luis Martinez-Almeida, setibanya orang ramai ke tanah perkuburann tersebut.

Rumah pengebumian yang diletakkan di bawah perbandaran itu memerlukan sekurang-kurangnya penambahan kakitangan dalam anggaran 15 ke 20 orang bagi membantu kenaikan kes kematian akibat gelombang kedua virus ituKetua Majlis Kerja, Manuel Carmona

Lahhh tak ada la ramai pun  nak ditambah, kenapa susah sangat nak bagi…

Menurutnya lagi, keperluan terhadap penambahan kakitangan tersebut adalah bagi mengelakkan berulangnya situasi sewaktu wabak itu ‘menyerang’ dunia, hingga menyebabkan beberapa mayat terpaksa dibakar kerana kekurangan kapasiti lapor Berita Harian.

Penularan wabak itu sewaktu gelombang pertama turut memaksa gelanggang ais digunakan sebagai penempatan sementara mangsa virus itu.

Capture 1 1

Setakat ini seramai 478 pekerja di bawah perbandaran itu mengendalikan 14 tanah perkuburan, dua bilik mayat dan dua krematorium, dan pernah menjalanjakn mogok atas isu yang sama pada September lalu.

Catatan kes terbaharu setakat hari Jumaat lalu mencapai sehingga 25,595 iaitu angka harian terbesar setakat ini.

Harap-harap inisiatif kerajaan untuk membendung penyebaran virus Covid-19 di semua negara dalam dipertimbangkan, termasuklah negara kita ya…

 

Baca : Tak Pedulikan Wabak Covid-19, Rakyat Thailand Buat Tunjuk Perasaan Desak Perdana Menteri Letak Jawatan

Capture 5