in

Pegawai Kerajaan Paraguay Kena Pecat Lepas Tandatangan Perjanjian Dengan Negara Tak Wujud

3Para

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Arnaldo Chamorro, seorang ketua kakitangan kepada Menteri Pertanian Paraguay telah meletak jawatan sebagai pegawai kanan negara Amerika Selatan selepas menandatangani perjanjian persefahaman dengan sebuah negara yang tidak wujud.


Memetik laporan Utusan Malaysia, Chamorro telah bertemu dengan wakil dari sebuah negara pulau dari benua yang sama iaitu United State of Kailasa. Tujuan wakil dari negara yang tidak wujud itu datang adalah untuk menyatakan hasrat membantu Paraguay dan turut membentangkan beberapa projek kerjasama di masa hadapan.

Screenshot 2023 12 02 At 4.04.29 Pm

Mengakui telah diperbodohkan oleh wakil dari United State of Kailasa itu, Chamorro berkata, mereka juga telah bertemu menteri Pertanian Paraguay, Carlos Gimenez. Walau bagaimanapun, motif wakil dari negara itu masih tidak diketahui.

Memorandum yang ditandatangani kedua belah pihak membayangkan penubuhan hubungan diplomatik antara kedua negara. Dalam dokumen yang lengkap dengan letterhead kementerian,  Chamorro mengalu-alukan ‘Yang Berhormat Nithyananda Paramashivam, Penguasa United States of Kailasa’ dan memuji ‘sumbangannya kepada agama Hindu, kemanusiaan dan Republik Paraguay’. Memorandum itu selanjutnya menyokong penyertaan Kailasa sebagai negara berdaulat dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Screenshot 2023 12 02 At 4.04.47 Pm

Media Paraguay melaporkan bahawa ‘Nithyananda’ sebenarnya adalah seorang warganegara India yang dikehendaki kerana pelbagai jenayah yang dilakukan di negaranya.

Kementerian Pertanian Paraguay mengesahkan dan memberi jaminan, memorandum yang ditandatangani Chamorro tidak boleh dianggap rasmi dan tidak memberi kesan kepada Paraguay.

 

Baca: “Ada sebut laksa, tapir, harimau dll” – Ini Sebahagian Petikan Video Anime Jepun Yang Ada Unsur Malaysia

Screenshot 2023 12 02 At 4.03.02 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.