“Pedas” – Kelakar Tengok Reaksi Orang New York First Time Makan Maggi Kari

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau kita suruh describe pasal Malaysia, dekat dalam fikiran kita mesti terbayang makanan-makanan yang boleh dapat kat sini kan?

Baru-baru ni, satu video dari seorang youtuber XiaomaNYC telah tular menunjukkan reaksi orang-orang Amerika bila dorang cuba makanan yang dah sebati dalam diri setiap rakyat Malaysia. Maggi Kari!

Dalam video ni, Xiaoma kata dia dapat inspirasi masa dia tengah jalan-jalan di pasaraya Malaysia, dan terserempak dengan satu pasangan dari Malaysia yang memberi cadangan untuk dia rasa Maggi Kari.

So, Xiaoma bawa Maggi Kari di tengah-tengah bandar New York dan minta beberapa orang rasa keenakan Maggi Kari kita ni. Antara 11 orang yang dia suruh cuba, kebanyakan dari dorang semua memang cakap Maggi Kari ni sedap. Tiga orang antara dorang cakap Maggi Kari terlalu pedas. Apa yang pedasnya?

Ada juga yang siap nak letak udang dalam Maggi ni sebelum Xiaoma explain yang kita memang akan tambah udang, sayur dan telur. Admin setuju! Cili padi jangan lupa.

Kalau korang nak tengok reaksi mat saleh dan minah salleh cuba makan Maggi Kari, korang boleh tengok video full kat bawah ni.

Terliur pulak admin tengok dorang makan. Brb admin nak buat Maggi!

 

 

Baca: “Jangan buat makanan jadi jijik boleh tak?!” – Sebab Trend Boba Tea, Ada Yang Buat Nasi & Maggi Goreng Boba

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson