“Jangan buat makanan jadi jijik boleh tak?!” – Sebab Trend Boba Tea, Ada Yang Buat Nasi & Maggi Goreng Boba

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sekarang ni semua excited nak ikut trend minum air boba tea daripada macam-macam jenis kedai. Kalau nak tau kedai apa yang ada, korang pergi jela SS15, Subang tu memang bersepah. Sampai ada yang cakap SS15 ni Darul Boba 😂.

Sumber: Blog

Tapi, disebabkan trend tu terlampau hit ada pula orang yang cuba nak jadi kreatif tapi tak menjadi dan sebaliknya bertukar menjijikkan. Menurut satu posting dekat Facebook, ada individu yang cuba buat nasi boba! Macam mana dia buat?

  • Beli air boba
  • Masukkan air boba bersama pearls dalam periuk nasi
  • Masukkan beras
  • Biarkan nasi sehingga masak
  • Hidang dan makan

Sumber: Facebook

So, kiranya kalau korang nak cuba, rupa dan hasil nasi boba korang sepatutnya jadi macam ni (Meloyakan, tak selera tengok):

Sumber: Facebook

Loya tekak tengok kan? Tak cukup dengan nasi, paling latest ada pula netizen lain yang nak jadi kreatif juga dan cipta maggi goreng boba! Satu posting di Twitter muat naik gambar menu tu dengan caption,

Makin aneh aja ya jaman sekarang. Mie goreng pake boba.”

Sebelum ini, viral juga gambar telur dadar dimasak dengan pearls. Korang sendiri tengoklah, kembang tekak weh! Tak menyelerakan langsung!

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ramai netizen tidak bersetuju dan berasa loya dengan menu pelik macam ni. Ada yang minta berhenti buat makanan nampak menjijikkan apatah lagi sengaja dibuat hanya untuk dapat shares atau retweets di media sosial. Yela, lepas tu confirm makanan yang dorang buat akan dibuang kan. Tak ada maknanya dorang nak makan!

Antara komen dari netizen tentang benda ni:

Sumber: Twitter

Apa pendapat korang? Admin rasa nak muntah tengok gambar tu wehhhh! Kembang rasa tekak!

Baca: “Janganlah sebab artis minum, kita pun ikot-ikot minum” – Netizen Pertikai Xing Fu Tang & The Alley Tak Halal?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!