Tindakan tiga pelancong asing yang menumpang kenderaan orang tidak dikenali secara percuma atau lebih dikenali sebagai hitchhike ketika melancong di Malaysia baru-baru ini telah mengundang perhatian ramai.
Menerusi video tular itu, tiga orang pelancong terbabit difahamkan sedang bercuti di Cameron Highlands, Pahang dan mahu bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Kuala Lumpur.
Mereka tidak menaiki pengangkutan awam seperti bas dan seumpamanya, sebaliknya mereka memilih untuk hitchhike seperti yang diamalkan oleh sesetengah pengembara di luar negara.
Dapat dilihat, mereka berjaya sampai ke destinasi selepas diberi tumpang oleh pemandu Proton Saga dan pemandu Tesla.

“Kalau tak ada duit, jangan travel”
Melihat video itu, seorang pengguna Threads meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir pelancong asing terutama mereka yang mengamalkan budaya begpacking kerana seolah-olah mengambil kesempatan atas sikap pemurah masyarakat di negara-negara Asia Tenggara.
“Mereka tahu kita baik hati, mereka ambil kesempatan. Mereka hanya bekerja selama satu hingga dua bulan di negara sendiri sebelum mengembara selama setahun sebab mata wang kita rendah, terutama jika mereka hitchhiking,” ujarnya.
View on Threads
Dalam hantaran sama, dia berpesan agar pelancong datang dengan perancangan kewangan yang mencukupi dan tidak bergantung sepenuhnya kepada ihsan penduduk tempatan.
“Membantu orang yang benar-benar dalam kesusahan sangat berbeza dengan mengambil kesempatan atas kebaikan dan kemurahan hati warga tempatan.”
Artikel berkaitan: Netizen Kritik Tindakan Pelancong Mat Saleh Cuba Nak ‘Hitchhike’ Kereta Untuk Ke Taman Negara
Artikel berkaitan: Netizen Bengang Pelancong Dah 9 Tahun Mengembara Mengemis Di R&R, Gesa Pihak Berwajib Ambil Tindakan
Rata-rata netizen turut bersetuju mengenai isu itu dan berpandangan amalan hitchhiking tidak sesuai dengan budaya di sini.
Malah, ramai juga berpandangan bahawa jika masyarakat Asia Tenggara berbuat sedemikian di luar negara, pasti akan diperlekehkan.

Sumber: Threads
