in

PDRM Terima Lebih 40 Laporan Mengenai Ancaman Bom Palsu Seluruh Negara

ft ancaman bom palsu

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima sebanyak 44 laporan berhubung ancaman bom palsu yang telah diterima di seluruh negara sejak Selasa lepas sehingga pagi semalam (23 November).

Menurut laporan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata jumlah laporan yang diterima itu melibatkan ancaman bom oleh beberapa buah sekolah kerajaan, swasta dan juga antarabangsa.

Tambahnya lagi, ancaman palsu tersebut telah dihantar menggunakan akaun e-mel dengan nama “Taktstorer” dan telah dikenal pasti berasal daripada Cyprus selain menggunakan alamat protokol internet dari Finland yang sering berubah.

51700741025 RazarudinHusain

Tan Sri Razarudin juga berkata, pihaknya ada menghubungi Pengarah Pelajaran Negeri bagi sekolah yang mempunyai e-mel Google bagi mengenal pasti ancaman bom palsu berkenaan.

Beliau menjelaskan, pihak polis juga telah menjalankan tindakan pembersihan keselamatan di sekolah-sekolah yang terlibat yang mana penghantar e-emel mendakwa terdapat bom yang telah ditanam di kawasan sekolah.

Artikel berkaitan : Sekolah Anak Kena Ancaman Letupan, Aaron Aziz Tegur Sikap Ibu Bapa ‘Selfish’ Sampai Keadaan Jadi Huru-Hara

Artikel berkaitan : 9000 Pengunjung Panik, Warga Asing Ancam Letupkan Pusat Membeli Belah Dan Hotel

Dalam masa yang sama, pihak PDRM memberi jaminan kepada ibu bapa, murid-murid serta guru-guru bahawa keselamatan mereka adalah keutamaan polis.

Tiga Buah Sekolah Di Sarawak Terima Ancaman Bom Palsu Undang Gusar Netizen 1 1.jpg

Hasil siasatan juga mendapati terdapat negara lain juga menerima ancaman bom palsu ini. Antaranya ialah Jamaica, yang menerima sebanyak 70 panggilan bom palsu, Trinidad dan Tobago, Jerman dan juga Amerika Syarikat.

Ketika ini, difahamkan pihak PDRM masih meneruskan siasatan dengan bantuan-bantuan negara terlibat termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Semalam, PDRM menerima 37 laporan mengenai ancaman bom palsu yang dihantar melalui e-mel ke beberapa buah sekolah kerajaan dan swasta di seluruh negara.

Sumber : Scoop

Sumber: Awani
Sumber: iloveborneo