“Patut lah air tak naik” – Cubaan Lelaki Ini Sedut Air Guna Straw Gagal, Rupa-Rupanya…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sejak ada insiatif untuk banned penggunaan straw, kebanyakkan kedai di negara kita sudah tidak menyediakan straw untuk minum. Inisiatif yang secara tak langsung boleh menyelamatkan alam sekitar ni wajar dibuat oleh semua pihak.

Menyahut seruan itu, sebuah kedai makan ni pun tidak menyediakan straw kepada pelanggannya. Tapi apa yang kelakar ialah bila seorang pelanggan ni cuba menyedut air menggunakan ‘straw’, tapi air tak naik. Nak tahu apa yang dia sedut? Cuba korang tengok tweet oleh @shaikhmeer_ ni.

Ingatkan straw, rupanya serai

Itulah yang berlaku kepada mamat ni. Mungkin terlampau dahaga sampai tak perasan apa yang disedut. Yang kedai tu pun satu, kot ye pun pendekkan lah sikit serai tu.

Sedut sudu pun boleh. Sampai esok air tu tak habis kalau sedut sudu. Tu lah, ralit sangat main phone, kan dah tersedut sudu. 

Betul-betul go green kedai ni. Alternatif lain selalu orang pakai metal straw je, ni pakai serai memang lain dari yang lain. 

Memang kalau dapat peluang membahan orang tu, netizen tak pernah mensia-siakannya. Lain macam betul jual serbuk serai untuk ketagihan serai. Pedih je rasa kena bahan dengan netizen.

Ni memang kena bahan dengan member dulu apa-apa pun. Lagi-lagi kalau member yang jenis ‘masuk air’ gak. Silap-silap sampai ke tahun depan pun masih bahan lagi. 

Buat korang yang nak tahu tu air apa, ni haa airnya. Virgin Berries – Mocktail with mixed berries, soda, lime juice and mint leaves dan bahan yang paling penting; serai.

Lepas ni kalau nak minum air pelik-pelik macam ni kena check dulu dia bagi straw ke tidak. Jangan sampai hisap benda lain pulak. Memang kena bahan lah dengan member kalau salah sedut. 

 

Baca: “Lepas ni tak payah pakai straw plastik dah” – Inisiatif Orang Vietnam Ini Beri Harapan Baru Buat Alam Sekitar

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.