in

“Lepas ni tak payah pakai straw plastik dah” – Inisiatif Orang Vietnam Ini Beri Harapan Baru Buat Alam Sekitar

Straw

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Alam sekitar seharusnya dijaga dengan baik. Kita sebagai manusia seharusnya menjaga dan mengambil berat tentang isu alam sekitar kerana dibumi inilah tempat tinggal kita yang akan turut dihuni oleh generasi akan datang.



Mengambil semangat cinta akan alam sekitar ini, seorang lelaki Vietnam telah mengambil inisiatif untuk menginovasi straw minuman. Bukan menggunakan besi, tetapi menggunakan rumput sebagai bahan utama. Menerusi Twitter @AMAZINGNATURE video berdurasi 1 minit tentang cara pembuatan straw dari rumput ini dikongsi untuk kebaikkan bersama.

https://twitter.com/AMAZlNGNATURE/status/1114271046150918144

Idea yang menarik!

Screen Shot 2019 04 06 At 3.23.29 PmBetul! Ini idea yang menarik. Marilah kita sama-sama sebarkan biar semua orang tahu, dan kita semua menjadi hero untuk selamatkan bumi! 

Screen Shot 2019 04 06 At 3.19.45 PmLepas ni kena bagi tahu semua pengusaha kedai makan, tak kira lah hotel ke, fast-food ke, restoran ke, atau siapa-siapa lah. Gunakan idea dan inovasi baru ini untuk ganti straw plastik.

Screen Shot 2019 04 06 At 3.20.49 PmGunakan akal sebaiknya. Buat inovasi menggunakan alam, untuk kebaikkan alam sekitar juga. 

Screen Shot 2019 04 06 At 3.23.18 PmWalaupun inisiatif ini baik, tapi sepatutnya lebih konsisten dalam menjaga alam sekitar. Plastik bungkusan itu sepatutnya digantikan dengan satu benda yang bio-degradable. Kan lebih elok untuk alam sekitar. 

 

Apa-apa pun inisiatif ini seharusnya dipuji dan diusahakan dalam skala yang lebih besar supaya dapat digunakan oleh semua orang di muka bumi ini. Setiap dari kita memainkan pernanan penting dalam memastikan alam sekitar terjaga untuk masa hadapan, bukan sahaja daratan, malah lautan yang juga menjadi sumber makanan kita. Ayuh sama-sama kita berubah menjadi yang lebih baik untuk bumi kita!

 

Baca: Penjual TIDAK Boleh Caj Pelanggan Untuk Beg Plastik Biodegradable, Atau Akan DidendaScreen Shot 2019 04 06 At 3.43.51 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.