in

‘Pasukan Bola Baling’ Sri Lanka Hilang Tanpa Jejak Lepas Berangkat Ke Jerman Pada 2004

2Srilanka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Misteri kehilangan satu pasukan bola baling yang berangkat ke Jerman untuk program pertukaran dan latihan sukan sejak 2004 masih menjadi tanda tanya pihak berkuasa Sri Lanka.


Screenshot 2021 09 25 At 11.13.58 Am

 

Kronologi kes

Menurut laporan ABC News pada 2004, satu pasukan bola baling dari Sri Lanka telah berangkat ke Jerman untuk program pertukaran latihan sukan. Wakil pasukan itu telah ke Kedutaan Jerman di Colombo, Sri Lanka untuk mendapatkan visa selama satu bulan untuk program berkenaan.

Heidi Jung, Pemangku Duta Jerman ke Sri Lanka berkata, semua dokumen yang diberikan mereka nampak baik dan beliau tiada sebab untuk tidak membenarkan mereka untuk mendapatkan visa.

Setibanya mereka di Jerman, 23 orang pemain termasuk jurulatih itu mengadakan sesi senaman ringan di hutan berdekatan tempat penginapan mereka. Namun mereka tidak pulang.

Screenshot 2021 09 25 At 11.35.02 Am

Menyedari kehilangan mereka, pihak penginapan memberitahu kepada pihak berkuasa Jerman dan mendapati pasukan itu telah sampai ke negara jiran, Perancis.

Beberapa hari kemudian, mereka dikatakan telah tiba di Itali. Mereka juga meninggalkan pakaian latihan di dalam hutan dan jejak mereka berakhir disitu.

 

Plot twist

Sehubungan kejadian itu, pihak berkuasa Jerman menghubungi kerajaan Sri Lanka untuk memaklumkan perkara itu.

Pihak Persatuan Olimpik Sri Lanka memberikan respon terhadap perkara itu dengan mengatakan kepada pihak berkuasa Jerman bahawa tiada badan atau persatuan bola baling di Sri Lanka.

“We don’t even have a single club” – Persatuan Olimpik Sri Lanka

Misteri kehilangan pasukan tersebut masih menjadi tanda tanya. Namun kerajaan Sri Lanka tidak menafikan kemungkinan perancangan ‘pasukan bola baling’ tersebut bermotifkan suaka politik atau pendatangan secara haram.

 

Baca: Pawang Terkenal Maut Dek Covid-19,  Pernah Dakwa Posyen Mampu Tamatkan Wabak Di Sri Lanka & India

Eliyantha White

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.