in

Pawang Terkenal Maut Dek COVID-19, Pernah Dakwa Posyen Mampu Tamatkan Wabak Di Sri Lanka & India

Eliyantha White

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pawang berprofil tinggi dari Sri Lanka dimaklumkan telah meninggal dunia pada Khamis, 23 September lalu selepas dijangkiti wabak COVID-19, lapor BBC.



Eliyantha White, 48, sebelum ini mendakwa posyen yang dihasilkannya berdasarkan resepi yang didapati menerusi mimpi mampu untuk melindungi orang ramai daripada dijangkiti wabak maut berkenaan.

Eliyantha White Sri Lankan Shaman Dies Of Covid After Touting E1632533914471

Memetik laporan The Straits Times, White yang pernah merawat beberapa bintang sukan dan ahli politik ternama termasuklah Perdana Menteri Sri Lanka, mendakwa jika posyen buatannya itu dituangkan ke dalam sungai, ia mampu menamatkan pandemik yang melanda Sri Lanka dan negara jiran, India.

Pawang terbabit bagaimanapun mula jatuh sakit selepas dijangkiti COVID-19 awal bulan lalu dan telah dibawa ke hospital tempatan dimana kesihatannya dilaporkan semakin merosot.

116642749 Gettyimages 1201746440 E1632534164758

Posyen yang dihasilkan White sebelum ini pernah dipromosikan oleh bekas Menteri Kesihatan Sri Lanka, Pavithra Wanniarachchi sebelum beliau juga positif wabak sama dan terpaksa menghabiskan masa dua minggu di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Wanniarachchi kemudiannya diturunan pangkat namun masih kekal berada dalam Kabinet.

Untuk pengetahuan, pada tahun 2010, White pernah menarik perhatian dunia selepas pemain kriket India, Sachin Tendulkar secara terbuka berterima kasih kepadanya selepas White merawat kecederaan lutut dialami atlet tersebut.

Pun begitu, cara rawatan White itu ditolak oleh para doktor.

White juga pernah mendakwa dalam satu temubual pada tahun sama bahawa dia mempunyai kuasa istimewa sejak berusia 12 tahun.

120670534 Gettyimages 1235440121 E1632534234964

Pemergian White itu turut meraih perhatian Perdana Menteri Mahinda Rajapaksa yang pernah mendapatkan konsultasi daripadanya.

Sumber: The Straits Times, BBC

Baca: “Dapat resepi dalam mimpi” – Pernah ‘Promote’ Ubat Sihir, Menteri Kesihatan Sri Lanka Sah Positif COVID-19

Dapat Resepi Dalam Mimpi Pernah Promote Ubat Sihir Menteri Kesihatan Sri Lanka Sah Positif Covid 19 1 E1632533026418

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.