in

Pasangan Suami Isteri Berlakon Menjadi Pengemis Dan Menipu Orang Untuk Duduk Hotel Mewah

Bg 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan orang Malaysia memang murah hati lebih-lebih lagi dalam hal menderma. Namun terdapat juga syaitan bertopengkan manusia yang mengambil kesempatan atas sifat itu semata-mata untuk hidup senang.


Menurut The Star, satu pasangan ‘pengemis’ baru sahaja dihalau keluar dari Sabah atas arahan polis oleh kerana sifat tamak dan pemalas mereka itu. Suaminya merupakan orang Jordan yang berusia 56 tahun manakala isterinya pula berasal dari Kota Belud berusia 48 tahun.

1 8 E1497340561578
sumber : the star

Mereka berlakon menjadi pengemis di sekitar Kota Kinabalu dan mempunyai watak lakonan yang tersendiri untuk meraih simpati. Si isteri akan duduk di atas kerusi roda manakala suami akan menolaknya untuk mendapat simpati orang ramai.

Padahal wanita itu sebenarnya boleh berjalan kaki dan kerusi roda itu hanya sebahagian daripada lakonan dan taktik untuk menipu masyarakat.

Bukan itu sahaja, pasangan penipu yang licik itu juga akan meminta untuk menginap di hotel pilihan mereka seperti Grand Hotel Borneo dan tidak membenarkan orang yang ingin membantunya untuk memilih tempat penginapan.

4 3 E1497340964407
sumber : grandborneohotel. Org

Beberapa hotel dilaporkan telah pun menyenarai hitam dan menghalang pasangan itu dari memasuki hotel selepas mendapat tahu tentang helah dan penipuan mereka berdua.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, sejak pasangan itu tiba di Sabah, mereka sering merayau-rayau di sekitar bandar raya dan menagih simpati orang ramai untuk mendapatkan wang.

3 3
sumber : ohsemput. Com

Selepas polis membuat semakan pasport pasangan itu, mereka mendapati kedua-duanya pernah bercuti ke beberapa buah negara asing sebelum ini.

Chandra berkata pasangan tersebut telah dihantar pulang ke Kuala Lumpur melalui penerbangan AirAsia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dua hari lepas.

3 6 E1497340629586
sumber : bh online

Harap harap dorang tak bawak perangai buruk tu ke KL pulak!

Baca : Lelaki Dedah Kisah Warga Emas Menipu dan Ambil Kesempatan Atas Perasaan Simpati Orang Ramai

5 2 E1497341361201

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.