in

Pasangan Bunuh Diri Kerana Tertekan Hutang Ah Long Hingga RM10,000 Diambil Suami Kaki Judi

Bunuh Diri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehidup semati. Itulah yang boleh menggambarkan pasangan dari Ampang yang dilaporkan membunuh diri kerana bebanan hutang.


Menurut The Star, kerana terlalu sayangkan suami, wanita itu tetap tidak mahu meninggalkannya meskipun menyedari bahawa lelaki itu gemar berjudi.

Ahli keluarga dikatakan telah menasihati wanita berusia 36 tahun berkenaan untuk memfailkan cerai kerana disebabkannya mereka berdua dibebankan dengan hutang ah long sebanyak RM10,000.

Bunuh Diri1
sumber: oriental daily

Rakan pasangan tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Chen berkata, suaminya yang berusia 41 tahun itu tidak bekerja dan sudah mempunyai masalah dengan berjudi bertahun-tahun lamanya. Disebabkan tabiat buruknya itu, mereka berdua terbeban dengan hutang yang berterusan.

Lebih teruk lagi, setiap kali membuat pinjaman, isterinya itu turut dibabitkan dengan menjadi penjamin. Tertekan dengan kehidupan mereka yang dipenuhi dengan hutang, pasangan itu membuat keputusan untuk membunuh diri.

Namun, sebelum berbuat demikian, mereka terlebih dahulu sudah meninggalkan anak yang berusia 13 tahun bersama ibu bapa wanita berkenaan.

Pasangan itu ditemui mati di apartmen mereka di Lembah Permai, Ampang dan dipercayai membunuh diri dengan menghidu asap daripada arang yang dibakar. Mayat kedua-duanya kemudian dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.

Apartmen
sumber: oriental daily

Malangnya, kes sebegini bukanlah kali pertama dilaporkan. Sebulan yang lalu, satu pasangan dari Pulau Pinang juga telah membunuh diri akibat tertekan dengan beban hutang ah long.

Periksalah dahulu latar belakang pasangan sebelum mendirikan rumah tangga supaya perkara sebegini dapat dielakkan.

Baca: Pasangan Dari Bukit Mertajam Bunuh Diri Kerana Tertekan Hutang Ah Long Sebanyak RM100,000

Penang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.