in

Pasangan Dari Bukit Mertajam Bunuh Diri Kerana Tertekan Hutang Ah Long Sebanyak RM100,000

Mayat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanyakan kita hidup dengan hutang yang perlu dilangsaikan. Kita berusaha keras bekerja dan separuh dari gaji sahaja terpaksa dihabiskan untuk membayar hutang dan komitmen. Tak semua macam ni tapi kebanyakannya ya kan?


Namun, pasangan dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini berhutang terlalu banyak kepada ah long dan akhirnya mereka telah membunuh diri dek kerana tidak tahan menanggung bebanan itu.

Mayat2
sumber: china press

Mayat kedua-duanya dijumpai semalam di kediaman mereka di flat Bayu Mutiara, Bukit Tengah dalam keadaan sudah reput bersama-sama dengan nota bunuh diri. Mayat mereka ditemukan selepas jiran membuat laporan polis kerana terhidu bau busuk dari rumah pasangan berkenaan.

Menurut World of Buzz, salah satu nota itu tertera 9 nama ah long yang berbeza dengan jumlah mereka berhutang yang mencecah lebih kurang RM100,000.

Satu nota yang lain juga turut tertulis, “Jika wanita ini tidak mati, berikan kepadanya RM20,000 dari KWSP saya kepadanya.”

Juga pada nota yang lain tertulis, “Jika kami berdua mati, tolong belikan keranda paling murah dan buang abu mayat kami di sungai.”

Mayat3
sumber: china press
Mayat4
sumber: china press

Mayat dikenal pasti sebagai Sim Hun Khong, 47 dan Tam Soo Sim, 35, yang sudah hidup bersama selama lima tahun dan merancang untuk melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Sim bekerja sebagai operator kilang manakala Tam pula bekerja sebagai kerani sebuah syarikat pengiklanan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, pihaknya terpaksa memecahkan pintu rumah pasangan itu kerana ia berkunci dari dalam.

Sebaik sahaja masuk ke kediaman itu, polis menemukan mayat pasangan tersebut berada dalam keadaan terbaring di atas katil bilik utama.

Mayat1
sumber: malay mail online

Punca kematian kemungkinan disebabkan asap dari pembakaran arang di dalam bilik memandangkan dua dapur arang turut dijumpai di sisi katil. Selain itu, jurang di bawah pintu bilik itu juga disekat dengan kain untuk menghalang asap daripada keluar menyebabkan mereka sesak nafas.

Pasangan itu telah dibakar di Tanah Perkuburan Cina Berapit semalam. Jiran memberitahu bahawa pasangan tersebut sangat peramah dan akui turut nampak beberapa lelaki datang mengutip hutang dari mereka sebelum ini.

Mayat5
sumber: china press

Ingat ye, JANGAN pinjam duit kalau anda tahu tidak mampu bayar semula, terutamanya dari ah long. Bab duit ni memang boleh buat tertekan.

Baca: Pelajar Kolej di Pulau Pinang Bunuh Diri, Tidak Tahan Jadi Mangsa Buli Siber

Kawan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.