in

[UPDATE] Jabatan Penjara Tolak Permintaan Najib Hadir Ke Sidang Dewan Rakyat

Gfxgcn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemas kini: Sebentar tadi, Jabatan Penjara telah menolak permintaan Najib untuk hadir ke sidang Dewan Rakyat, menurut peguam kepada bekas perdana menteri, Shafee Abdullah.


Menurut Shafee, pasukannya telah menulis surat itu kepada jabatan penjara minggu lepas namun ditolak atas sebab keselamatan.

Sebelum ini, negara digemparkan dengan penangkapan Datuk Seri Najib Razak selepas didapati bersalah dalam beberapa kes yang melibatkan penggubahan wang dan sebagainya.

Namun, timbul persoalan daripada netizen mengenai jawatannya sebagai seorang ahli parlimen yang sepatutnya dilucutkan kerana hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya.

Najib Razak boleh hadir ke sidang dewan rakyat jika mendapat kebenaran pihak penjara

Bagaimanapun, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizah Harun mengatakan Najib Razak boleh hadir ke sidang dewan rakyat jika mendapat kebenaran pihak penjara.

Ujarnya, beliau tidak mempunyai kuasa untuk memberi kebenaran kepada Ahli Parlimen Pekan tersebut untuk hadir kerana Najib masih berasa di bawah jagaan (custody) Jabatan Penjara.

Screenshot 2022 10 03 At 5.05.01 Pm

“Mengenai kehadiran Yang Berhormat Pekan, ia bukan di bawah kuasa saya langsung. Jika beliau hadir, maka beliau tidak perlu meminta kebenaran saya untuk masuk ke Dewan. Persoalannya sekarang, adakah beliau boleh hadir? Itu bukan di bawah kuasa saya kerana ia bukan di bawah jagaan saya.”

“Maka terpulang kepada pihak penjara untuk melepaskan beliau daripada penjagaan itu.”

“Mengikut kefahaman saya, jika pihak penjara melepaskan beliau daripada penjagaan, maka pihak penjaralah yang menetapkan syarat pelepasan itu. Sekali lagi, bukan juga kuasa saya.”

Ada yang cadang Najib digari semasa ke Dewan Rakyat?

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang) yang membangkitkan cadangan supaya Najib dibenarkan hadir ke Parlimen, namun dengan tangan bergari, kerana beliau masih lagi seorang Ahli Parlimen.

Mengikut Perkara 48, Perlembagaan Persekutuan menetapkan seseorang itu boleh hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika disabitkan kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun, dan denda lebih RM2,000.

Screenshot 2022 10 03 At 5.05.28 Pm

Bagaimanapun, jika petisyen pengampunan difailkan dalam tempoh 14 hari dari sabitan dan hukuman, atau selepas pelupusan mana-mana rayuan atau prosiding mahkamah berhubung sabitan dan hukuman, kehilangan kelayakan itu hanya berkuat kuasa apabila petisyen itu dilupuskan, mengikut Perkara 48(4)(c).

Sebelum ini, Najib Razak telah memfailkan pengampunan diraja dalam tempoh 14 hari selepas sabitan itu.

Baca: Kes 1MDB: Najib Razak Terima RM 90.9 Juta Dalam Akaun Peribadi

Screenshot 2022 10 03 At 5.08.32 Pm

Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.