in

Kes 1MDB: Najib Razak Terima RM 90.9 Juta Dalam Akaun Peribadi

1Mdb Najib 90.9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perbicaraan kes 1Malaysia Develompent Berhad (1MBD) hari ini diteruskan, Mahkamah Tinggi diberitahu wang berjumlah RM90.9 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi AmIslamic Bank bekas Perdana Menteri, Najib Razak dalam dua transaksi pada 2012.


Dalam laporan Harian Metro, Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan R Uma Devi berkata berdasarkan penyata akaun, kemasukan wang RM15,149,963.64 ke dalam akaun bekas perdana menteri itu adalah pada 31 Oktober, dan RM75,749,963.64 pada 20 November 2012.

Yx4Z2Fzxd5Pnxnqjvggg2Ldxqm

Difahamkan, pernyataan saksi tersebut dibacakannya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Najwa Bistamam pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dihadapi bekas perdana menteri itu yang membabitkan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.

Transaksi itu adalah berkaitan pertuduhan kedua yang dihadapi oleh Najib, membabitkan pengambil alihan aset dengan nilai yang diragui oleh 1MDB.

Sebagai info, Najib Razak berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh rasuah bernilai RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung.

Baca: Najib Dihantar Semula Ke Penjara Kajang, Kesihatan Dilapor Semakin Baik

Ft Najib Kembali Ke Kajang

Sumber: Reuters

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.