in

Panggung Wayang Dibuka Esok Untuk Penerima Vaksin Lengkap Dengan SOP Ketat

Collage 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri mengumumkan yang industri kreatif akan mula dibenarkan buka mulai esok bagi negeri fasa 1 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).



Ini termasuklah panggung wayang yang akan dibenarkan beroperasi mulai esok di seluruh negara bagi orang yang telah pun menerima vaksin lengkap dengan SOP yang ketat.

Ismail Sabri mengatakan, keputusan untuk membenarkan lebih banyak lagi sektor untuk beroperasi akan memberikan faedah terhadap lebih satu juta artis dan lebih 19,000 perniagaan.

Industri kreative telah menyumbang sebanyak 2% atau RM29 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) pada tahun 2019.

Selain itu, lebih dari sejuta aktivis, artis dan pekerja industri boleh mula bekerja dan menjana pendapatan serta kelonggaran ini juga dapat hidupkan semula industri kreatif negara.”

20200630 Cinema01

Selain panggung wayang, Ismail Sabri turut membenarkan penyiaran pra-rakaman atau langsung serta rancangan yang melibatkan penonton secara langsung dibuat pada 30% kapasiti.

Busking secara indoor, bermain muzik secara langsung, teater serta persembahan lawak juga dibenarkan dengan kapasiti sebanyak 30%.

Saya nak mengajak semua parti yang terlibat dalam pembukaan sektor ini untuk terus patuhi syarat dan prosedur yang telah ditetapkan bagi mengelak risiko kepada kesihatan dan keselamatan lebih-lebih lagi ini merupakan usaha negara untuk masuk ke fasa endemik pada hujung Oktober ini.”

 

Baca: “Lupa diri lepas jadi CEO” – Penggiat Industri Tengah ‘Fight’ Nak Kerja Masa PKP, Tapi Dipanggil ‘Anjing’ Oleh Ahmad Idham?

Screenshot 2021 09 08 At 11.52.09 Am

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.