in

“Lupa diri lepas jadi CEO” – Penggiat Industri Tengah ‘Fight’ Nak Kerja Masa PKP, Tapi Dipanggil ‘Anjing’ Oleh Ahmad Idham?

Collage 7

Dengan pandemik yang dah berlarutan sehingga setahun lebih, bukan sahaja peniaga kecil-kecilan malah pekerja filem belakang tabir turut merasa terkesan dengan keadaan ini. Tambah lagi, bila penggambaran terpaksa dihentikan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan semula sejak 13 Januari lalu.

Ekoran dari ini, ramai penggiat industri filem mula bersuara meminta agar Finas membuat garis panduan bagi membolehkan mereka terus bekerja.

Etcchneu0Aaspv

“Tercuit juga hati manusia biasa saya untuk merayu akan hak saya dan rakan-rakan untuk bekerja”

Perkara ini bermula dari surat terbuka yang ditulis oleh Rabbani Sujak, seorang Pereka Produksi dan Pengarah Seni meminta agar Finas berjuang demi meneruskan kelangsungan hidup krew belakang tabir yang bekerja atas gaji harian.

Sebenarnya saya tulis surat ni bukan untuk saya je. Lebih kepada kawan-kawan yang kereta kena tarik, kena halau dari rumah…”

“Yang terkesan teruk bukanlah Menteri, mahupun Pengerusi atau CEO Finas, tetapi penggiat seni dan industri kreatif.”

Selepas tular surat terbuka ini, barulah kenyataan dari Finas keluar mengatakan yang dorang sudah pun meminta agar MKN memberikan kelonggaran bagi krew produksi untuk meneruskan penggambaran. Namun dalam sidang media, MKN mengatakan yang mereka masih belum menerima SOP dari pihak Finas. Pulak dah?

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Shahredzan Johan turut mengeluarkan pendapatnya mengenai isu ini dan meminta agar pihak MKN dan Finas untuk berbincang mengenai perkara ini.

“Yang terkesan teruk bukanlah Menteri, mahupun Pengerusi atau CEO FINAS, tetapi penggiat seni dan industri kreatif, penerbit dan kru produksi.”

Penggiat industri filem lancar petisyen pecat presiden dan CEO Finas 

Screenshot 2021 02 08 At 3.15.47 Pm

Semalam, Art Revolt telah melancarkan petisyen kepada Kementerian Komunikasi dan Media meminta agar presiden Finas, Zakaria Abdul Hamid dan CEO Ahmad Idham dipecat dari jawatan tersebut kerana gagal menjaga kebajikan pekerja di dalam sektor industri ini.

Kesabaran kami dah sampai tahapnya, dah tiba masanya untuk kami berhenti dari mendengar arahan dari pengerusi dan CEO Finas yang tak menjalankan peranan mereka selama memegang jawatan ini. 

Kami, penggiat industri kreatif dan filem Malaysia bersatu meminta agar Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk memecat pengerusi dan CEO Finas.”

Tambah mereka lagi, kenyataan dari pengerusi dan CEO Finas mengatakan yang penggiat industri tidak memberi apa-apa sumbangan dari segi ekonomi negara menerusi posting di media sosial peribadi menunjukkan yang mereka tak layak untuk memegang jawatan penting.

“Banyak pulak anjing menyalak kat luar sana”

Bagi presiden Persatuan Pengarah Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London, petisyen ini dibuat selepas Ahmad Idham menghina pemain industri dengan memanggil mereka “anjing menyalak”.

Ketika ditemubual oleh The Vibes, Mat London turut kongsikan tangkap layar menunjukkan Ahmad Idham mengatakan yang dia sedang membuat skrip “Badut dari London” yang dikatakan ditujukan kepadanya.

559Ea616 B4F7 4100 9647 039F05D385F7 576X1024 Side

Orang industri rasa terhina, dan ini tindakan tak wajar bagi seorang penjawat awam dan CEO yang sepatutnya menjadi seorang yang berpengetahuan.

Dia dah kecewakan ramai kawan-kawan dalam industri dan dah lupa diri sejak jadi CEO.”

Manakala semalam Bernama melaporkan, Menteri Komunikasi dan Media, Datuk Saifuddin Abdullah mengatakan yang cadangan SOP utuk mengadakan aktiviti seni termasuk penggambaran dalam dan luar studio akan dibentang pada MKN hari ini.

Kita faham dalam produksi drama atau filem, 80 peratus ialah kru produksi atau pekerja yang dibayar gaji secara harian. Kerja mereka menjadi terhad jika hanya dibenarkan membuat penggambaran dalam studio, kerana kebanyakan adegan berlaku di luar.”

Screenshot 2021 02 08 At 3.10.09 Pm

Harapnya MKN dapat benarkan penggiat industri sambung bekerja untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka.

 

Baca: “Kenapa dia?” – Netizen Pertikai Ahmad Idham Dilantik Jadi CEO FINAS

Screenshot 2021 02 08 At 3.26.37 Pm