in

“Panggilan gangguan seksual tak boleh dibiarkan”

Izzah Anwar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je boleh terima jika teguran yang diberi mengaibkan kita secara umum, betul tak? 


Begitulah yang ahli politik kita, Nurul Izzah Anwar rasai baru-baru ini. Izzah mengulas lanjut mengenai tingkah laku pemanggil telefon yang trending di Twitter baru-baru ini. Dalam sebuah rancangan radio yang melibatkan penyampai terkenal, Faisal Ismail dan Izzah sebagai tetamu jemputan, pemanggil lelaki bernama Azrul itu secara terbuka dan terang-terangan menegur Izzah mengenai cara pemakaiannya.

Menurut Malaysiakini, Izzah menganggap panggilan tu sebagai “Call-gate” dan berkata isu itu tidak lagi boleh dikesampingkan demi nasib wanita Malaysia yang berhadapan bentuk gangguan yang sama, kedua-duanya “tidak diketahui dan tidak kelihatan”.

Izzah 1
sumber: twitter

“Dalam apa yang kini dikenali sebagai “Call-gate”, saya percaya gangguan dan pencerobohan yang sangat ‘kesat’ terhadap saya oleh seorang pemanggil itu adalah penting untuk mengingatkan kita semua bahawa gangguan yang tidak wajar berlaku hampir setiap hari – bahkan terhadap lelaki.

“Dan walaupun seorang ahli parlimen seperti diri saya juga tidak terkecuali, apa lagi wanita lain di Malaysia, yang tidak diketahui dan tidak kelihatan, yang sering kali berlaku?

“Demi wanita Malaysia yang berhadapan gangguan yang sama dan bagi mencegah kejadian serupa pada masa akan datang, masalah ini tidak boleh dibiarkan tanpa ditangani. Oleh itu, saya ingin menyatakan secara jelas dan tegas: Tingkah laku pemanggil itu tidak dapat diterima dalam apa jua peringkat sekalipun.”

Izzah 2
sumber: instagram

Menurutnya, perkara itu menunjukkan tentang apa yang berlaku di Malaysia pada ketika ini yang kekurangan undang-undang gangguan seksual yang ketat.

Izzah juga berpendapat bahawa masyarakat perlu mempertahankan wanita daripada ketidakadilan tersebut dan melibatkan lebih banyak kepekaan apabila membuat komen tentang isu-isu yang dihadapi oleh wanita.

Izzah 3
sumber: malaysiakini

Melalui panggilan tersebut, Azrul telah menegur Izzah berkenaan cara pemakaian dan perkara itu telah buat ramai netizen mengamuk dengan menyifatkan Azrul sebagai ‘pervert’.

“YB (Nurul Izzah) kena berhati-hati sebab YB pakai tudung. Tudung YB kadang-kadang terselak. Kadang-kadang ternampak bahagian yang tak sepatutnya.”

Nurul Izzah yang terkejut mengucapkan terima kasih atas teguran itu dan cuba menamatkan perbualan, tetapi Azrul terus memberi perincian baju kebaya Nurul Izzah yang menurutnya ‘ketat’.

“Nampak baju dalam semua. Nampak buah dada tu lah,” akhiri Azrul.

Beliau bagaimanapun sempat berterima kasih kepada mereka yang mempertahankan dan membela dirinya di media sosial.

Admin pun tak puas hati dengan Azrul tu. Rasa nak sekeh kepala dia, cili mulut dia, stapler mata dia. Jaga pandangan tu boleh Azrul?

Baca: “Semoga YB selamat dari manusia pervert macam dia”

Page Izzah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.