in

“Panggil saya Bro Saddiq je”

Page S

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahniah diucapkan kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana telah pun dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baru menggantikan Khairy Jamaluddin.


Semalam, menurut Kosmo, Syed Saddiq telah memulakan tugasnya secara rasmi dan tiba di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pagi semalam untuk bertemu dengan para pegawai kanan serta kakitangan kementerian itu dengan diiringi Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali.

Syed Saddiq
sumber: stadium arena

Menurut Harian Metro, menteri termuda negara itu turut mengajak pegawai KBS untuk menyertai beliau bersenam, dan jogging sebagai salah satu langkah bagi menerapkan gaya hidup aktif dalam kalangan kakitangan.

“Saya akan meneruskan program-program yang baik hasil peninggalan bekas menteri sebelum ini, Khairy Jamaluddin sebelum merangka program baharu yang lebih berkesan.”

Beliau juga turut mengatakan enggan mengambil pendekatan old school apabila meminta pegawai kementeriannya memanggil beliau sebagai ‘Bro Saddiq’.

Image 1 1
sumber: kosmo

“Panggilan YB (Yang Berhomat) membuat saya rasa seperti sudah berusia. Baik panggil saya Bro Saddiq sahaja”

Dalam ucapan pertamanya kepada warga KBS, beliau turut menjelaskan bahawa budaya sukan dalam kehidupan harian perlu diaktifkan semula untuk menjamin kesihatan.

Selain itu, Syed Saddiq mengingatkan bahawa KBS perlu bergerak sebagai satu keluarga dengan mengamalkan budaya kerja yang mesra dan bersantai serta meletakkan isu protokal di tepi.

Sempoilah Bro Saddiq!

Baca: TERKINI: Snarai Lengkap 13 Menteri, 23 Timbalan Menteri Kabinet Malaysia

F Menteri 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.