in

Panas! Tiktokers Ini Bengang Dituduh ‘Bias’ Review Makanan di Singapura

Ceddy Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang kaki scroll TikTok tiap-tiap hari, mesti korang perasan yang ramai Tiktokers trending sebab selalu review makanan best-best kat bermacam tempat. Dengan tanda pagar #reviewmakanan atau #makanlokal confirm naik fyp punyalah video tu.


Bagi sesiapa yang follow kebanyakan food influencer, korang mesti cam dengan @CeddyOrNot yang memang terkenal dengan content review makanan yang dimuatnaik hampir setiap hari di TikToknya. Min pun selalu terliur bila tengok review makanan Ceddy ni!.

Semalam, kecoh nama Vlogger makanan ini trending di Twitter kerana dituduh ‘bias’ oleh seorang netizen tentang review makanannya di Newton Food Centre, Singapura.

Dalam thread tersebut, netizen itu meluahkan rasa tak puas hati dengan berkata tiada guna melawat ke Singapura dan cuba membuat review apabila minda anda telah diset dan ‘bias’. Ceddy menjawab kembali tuduhan yang dilemparkan dengan membalas:

“Siapa kata saya di sana untuk makanan yang biasa-biasa sahaja?” – Ceddy

Bukan habis kat situ sahaja, malah TikTokers ini turut membalas komen Twitternya sendiri dengan memberi penjelasan untuk menjawab tanda tanya netizen.

Dalam thread ini, Ceddy ada menegaskan bahawa dia tidak langsung dalam mode menyinggung sesiapa ketika review makanan di Newton.

Netizen di ruangan komen Twitter juga banyak beri pandangan masing-masing tentang isu ini. Kebanyakannya menyokong dan memberi sokongan buat Ceddy.

Ceddy Positif 1

Ada juga netizen yang kurang senang dengan kenyataan Ceddy dan merasakan bahawa TikTokers ini tidak begitu menghormati makanan di tempat tersebut.

Combine Negatif

Apa-apa pun, Min rasa yang makanan dari Malaysia atau Singapura masing-masing mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Korang jangan gaduh-gaduh tau!

Baca: “Tak Payah Jadi Kak Long Viral Pun Boleh Buat Review Berbayar, Ini Caranya”

Baca Baca

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.