
Kalau dah namanya kreatif, kayu buruk pun boleh berubah jadi kipas angin tau! Tak percaya? Ini alkisahnya…
Baru-baru ni, viral di Twitter mengenai seorang pakcik yang telah mereka cipta kipas angin kayu DIY. Lebih menarik lagi, kipas angin ni menggunakan suis rice cooker tau. Kreatif dan nampak lain dari yang lain!

“Ayah bukan engineer tapi dia boleh cipta bermacam benda yang saya sangat banggakan”
Kalau korang sangka pakcik ini seorang yang berkelulusan tinggi atau merupakan seorang engineer, korang salah sebab pakcik ni tak masuk universiti pun dan memang dah minat dia untuk cipta barang-barang kreatif macam ni. Tengok kipas tu, elok je dia berfungsi kan?


“Pa ni ada mood-mood dia tau. Ada time dia nak bertukang, ada time dia nak melukis”

“Pa tiba-tiba gila buat bunga keladi daripada tempurung kelapa. Dia ambil tempurung kat kedai santan, siap kasi owner sebagai hadiah”

“Percaya atau tak kalau aku cakap ni 100% kayu?”

Menurut anak kepada pakcik ini, ayahnya memang ada hobi gemar membaiki barangan rosak dalam rumah. Dulu, ayahnya juga suka ke tempat besi buruk dan collect iron baju dan rice cooker yang rosak. Kalau boleh pakai lagi, ayahnya akan baiki dan simpan dalam satu almari.
Pun begitu, sekarang ayahnya dah tua dan anaknya bernama Jo ni alu-alukan kepada sesiapa yang nak berjumpa dengan ayahnya boleh je datang melawat. Ayahnya memang jenis suka bersembang.
“Engineer confirmed, Phunsuk Wangdu!”
Rata-rata netizen yang membaca kisah ayah Jo ni memang terpesona dengan daya kreativiti yang dimiliki ayahnya ini. Tahap kreatif bapa Jo ni sampai netizen gelarkan dia Phunsuk Wangdu (Amir Khan) yang famous dalam filem 3 Idiots! Wow!

Admin doakan semoga pakcik ini terus sihat dan kreativiti yang dimilikinya ini menurun pulak ke anak cucu. 🙂
Baca: Kreatif! Pasangan Ini Ambil Gambar Kahwin Menggambarkan Hubungan Mereka 50 Tahun Dari Sekarang