in

Kreatif! Pasangan Ini Ambil Gambar Kahwin Menggambarkan Hubungan Mereka 50 Tahun Dari Sekarang

Featured Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang, menjadi satu kemestian untuk setiap pasangan pengantin mengambil gambar perkahwinan mereka untuk dijadikan sebagai kenangan. Mereka juga turut sanggup membayar jurufoto profesional bagi memastikan gambar yang diambil memuaskan hati.


Di media sosial terdapat banyak gambar-gambar pengantin dengan pelbagai gaya yang berbeza. Bukan itu sahaja, gambar latar belakang juga sangat menarik, ditambah pula dengan skill jurufoto menyunting gambar tersebut.

Baru-baru ini sebuah akaun Facebook fotografi telah memuat naik gambar pelanggan mereka. Kebiasaannya, gambar yang dimuat naik adalah biasa-biasa sahaja. Namun, pada kali ini, gambar yang dimuat naik telah mendapat perhatian netizen.

Gt4A
sumber: facebook

Stomp melaporkan kedua-dua pasangan ini berasal daripada Singapura dan gambar perkahwinan mereka telah diambil di Lower Palm Valley Road, Singapura.

Tidak seperti pasangan pengantin biasa, pasangan ini telah memilih untuk mengambil gambar mereka memakai baju pengantin pada masa kini serta gambar yang menggambarkan keadaan mereka pada umur 70 tahun.

Gt1A
sumber: facebook
Gt3
sumber: stomp

Apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah gambaran betapa pasangan pengantin ini kelihatan sangat menyayangi satu sama lain walaupun telah hidup bersama selama 50 tahun.

Pemilik akaun Facebook tersebut juga turut menulis caption dalam bahasa Mandarin yang sangat bersesuaian dengan gambar tersebut.

Perkara paling romantis yang saya boleh fikirkan adalah untuk menghabiskan seluruh hidup saya bersama kamu. 20 tahun hingga 70 tahun. Kita telah mengambil keputusan untuk menjadi tua bersama-sama dan tidak akan pernah tinggalkan satu sama lain.”

Wah memang lain daripada yang lain gambar perkahwinan mereka. Selalunya takat biasa-biasa je. Mungkin lepas ni orang Malaysia bolehlah cuba pulak. Nampak kreatif sikitkan.

Baca: Majlis Perkahwinan Bertemakan Hari Kemerdekaan, Pengantin Cipta Busana Daripada Jalur Gemilang

Gt5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.