in

“Pakcik kena buang kerja masa bulan 7” – Makcik Ini Minta Derma Lepas Suami Hilang Sumber Pencarian

Makcik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah seorang makcik ini membuatkan kita fikir sejenak kalau kita rasa diri kita susah sekarang, ada manusia yang lebih susah daripada kita, sejak suaminya dibuang kerja pada bulan Julai lepas, makcik ini membuat keputusan untuk meminta sedekah di Giant, Batu Caves bagi menampung kelangsungan keluarga mereka.


 

Pakcik kena buang kerja masa bulan 7″

123217242 3863911480308990 3613131917667809672 N

Menurut kisah seorang netizen yang dikongsikan semula di Facebook Viral Media Johor ini, ketika selesai membeli barang, dia tiba-tiba dihampiri oleh seorang mak cik dalam keadaan sesak nafas berharap  jika boleh hulur dan salurkan bantuan.

Abang yang dok susun trolley ni dok marah marah makcik ni.Bila aku pergi dekat makcik ni tanya lah makcik sakit ke.lepastu makcik tu cakap makcik sesak nafas sebab banyak sangat berjalan tapi makcik tak asma. lebih kurang anxiety la oksigen tak sampai ke dada macamtu.”

Suaminya yang sebelum ini bekerja sebagai tukang masak diberhentikan kerja pada Julai lepas, ada dapat kerja baru tetapi ia telah memberi kesan kepada kesihatan suaminya iaitu sakit sendi tangan.

123432849 3863911780308960 3466835243811137244 N

Disebabkan itu, ia telah membataskan suaminya untuk meneruskan pekerjaan.

“Dulu waktu pakcik kerja kurang la sikit beban. sekarang pakcik dah tak boleh kerja.”

Lebih mengharukan lagi, makcik ini ada tanggungan iaitu seorang anak berumur 15 tahun, malangnya si anak itu tidak dapat meneruskan sesi persekolahan kerana tak boleh nak bayar yuran.

“Makcik kata kadang dia dok sini alhamdulillah ada la orang bagi makan minum. tadi pun dia cakap ada orang kasi air mineral dekat makcik.”

 

Tapi kadang kena marah sebab yelah dekat giant tak boleh minta sedekah.”

123114321 3863912013642270 720060685417128112 N

Ketika insan berhati mulia ini mahu pulang, makcik tersebut meminta supaya mendoakan kesihatannya baik seperti dulu supaya boleh bekerja seperti biasa.

Disebabkan itu, individu ini menyeru agar bagi sesiapa yang berdekatan dengan Giant Batu Caves bolehlah bantu makcik ni, berikan sedikit makan dan sumbangan. Moga anda semua dimurahkan rezeki.

 

Baca : “Tak rugi pun buat baik” – Lelaki Kongsi Cerita Rezeki Melimpah Ruah Lepas Niat Nak Sedekah

Sedekah

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.