in

“Tak rugi pun buat baik” – Lelaki Kongsi Cerita Rezeki Melimpah Ruah Lepas Niat Nak Sedekah

Untitled Collage 49

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Niatnya cuma nak bersedekah dan ‘membahagiakan’ orang lain, tapi tak sangka balasan yang diterima berlipat kali ganda daripada kebaikan yang dibuat. Tapi apa nak dihairankan, sebab rezeki manusia adalah rahsia Allah SWT.


Kisah yang dikongsikan seorang jurugambar ini mungkin boleh menjadi ingatan buat kita semua, agar tidak kedekut dalam bersedekah.

Menerusi laman Twitternya, @HaziqSaparudin menceritakan pengalamannya menerima satu job daripada seorang individu — yang mahu mengambil gambar pre convo kakaknya pada saat-saat akhir.

Dia pada mulanya berat hati nak terima job tersebut, kerana perlu bekerja pada keesokan harinya.

1G

2G

Keesokannya, ketika menunggu di hadapan Mahkamah Putrajaya — muncul kelibat dua beradik yang datang menaiki sebuah kereta lama yang kelihatan agak lusuh.

3G

4G

Sesi photoshoot tu pun berlangsung dalam lebih kurang satu jam setengah, dan bila dah habis mereka menghulurkan bayaran RM500 seperti yang telah dipersetujui sebelum ni.

Tapi brader ni hanya ambil RM50 je, selebihnya diniatkan sebagai sedekah kepada dua beradik tersebut. Rasa tenang buat orang happy katanya.

Nak tahu apa jadi keesokan harinya pula?

5G

6G

Betul kan, sedekah tu tak akan mengurangkan walau sedikit pun harta kita. Lagi banyak kita memberi, lagi banyak yang kita akan dapat. So, rajin-rajinlah bersedekah!

 

Baca: “Tak perlu jadi kaya untuk buat baik…” – Geng Rider GrabFood Sedekah Makanan Dekat Homeless Guna Duit Sendiri

Capture 58

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.